Meskipun baru saja bercerai dengan suaminya, Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa. Menerusi perkongsian di TikTok, Ira dilihat ada memuat naik video mempromosikan produk kosmetik dengan mengoleskan beberapa warna gincu pada bibirnya. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ira serta ada yang mengatakan bekas isteri Syamsul itu iras pelakon Bollywood Deepika Padukone dan bintang Hollywood Angelina Jolie. Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka suka dengan sikap Ira yang memilih untuk berdiam diri meskipun banyak cemuhan dilemparkan terhadapnya.
Khamis lalu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu selepas mahkamah mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik. Peguam mewakili Syamsul berkata Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu. Sumber – Rotikaya |
kakasotong2 replied at 10-9-2024 05:24 PM
MAKIN LAMA MAKIN MERAPU SIAKK FORUM NI BUAT BAHAN BERITA. GELI WEHHH NAK MUNTAH LA AKU SEKEJAP CONTE ...
ADVERTISEMENT