Status pelakon Jue Aziz akhirnya terjawab apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati dikenali sebagai Ridwan dalam satu majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu. Memetik mStar Online, Jue berkata dia dan suaminya sudah lama mengenli antara satu sama lain sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. “Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tapi apa boleh saya katakan kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin. Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi percepatkan permintaan ibu saya yang dah berusia. “Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya. Turut memuat naik video hari bahagianya di Instagram, Jue berkata Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya namun tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai suaminya.
|
ADVERTISEMENT