CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya main TikTok bertahun, alhamdulillah mak mereka ‘sporting’ – Abang Bas direman 5 hari

7-9-2024 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 78595| Komen: 104


 


PETALING JAYA – “Saya main TikTok dah bertahun, alhamdulillah mak-mak mereka (murid sekolah) ‘sporting’ (terbuka), tak macam abang”.

Itu antara jawapan balas pemandu bas yang popular dengan gelaran ‘Abang bas’ selepas dikecam gara-gara sering memuat naik kandungan melibatkan murid sekolah rendah.

Perkara itu menjadi tumpuan apabila dia mengatakan salah seorang murid tersebut adalah orang yang disukainya atau ‘crush’ sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Selain itu, antara video yang hangat diperdebatkan adalah rakaman memaparkan ‘Abang bas’ sedang menguruskan seorang murid sekolah yang tidur di dalam bas.

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit dilihat mengusap rambut, membelai muka seorang murid malah turut menyentuh bibir dan mencium pipi kanak-kanak itu.


Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendedahkan bahawa murid terbabit adalah anak saudara kepada pemandu itu.

“Kesian abang bas itu yang dia cium itu anak buah dia, tetapi salah dia lah rakam kemudian muat naik di TikTok. Ini zaman fitnah akhir zaman susah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang telah menahan pemandu bas berusia 24 tahun itu kira-kira pukul 2.57 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

Suspek juga direman selama lima hari hingga 10 September.

Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Suhaila Safi’uddin di Mahkamah Majistret Batu Pahat 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 7-9-2024 10:26 AM
Nak tengok kat mana video ni
Quote elnor_81 7-9-2024 10:29 AM
Pls jgn normalisasikan cium2 ank org. Nak2 buat tiktok bagai.
Quote Skuau 7-9-2024 12:07 PM
"Are you stupid...or something....???"-Forrest Gump
Quote sfrnna 7-9-2024 12:50 PM
Meols tgk yg video viral dia usik bibir budak tu je. Konon nak tunjuk care tp cringe ye. Dahla muka macam rempit.
Quote dua_chzy 7-9-2024 12:58 PM
Camna mak pak boleh husnuzon dengan jantan ni? Bodoh nak mampus.
Quote mapnss 7-9-2024 01:22 PM
Otak biol masing2 yang support dia ni
Quote kotakbaju 7-9-2024 01:26 PM
sfrnna replied at 7-9-2024 12:50 PM
Meols tgk yg video viral dia usik bibir budak tu je. Konon nak tunjuk care tp cringe ye. Dahla muka  ...

Uols tengok kat mana?
Quote Goodluckdontcry 7-9-2024 01:45 PM
Ko bertiktok bertahun atau sampai mampus pun, bkn lesen ko buat perkara2 yg blh menimbulkan fitnah dan nafsu syawat ko atau budak itu...dasar ilmu agama di kepala lutut bkn diotak utk berakal dpt berfikir...

Bahana bila org srh sekurangnya belajar basic agama, terus nt dituduh terpaling bagus la sgt..pastu fikiran carca merba, jd apa2, mulalah terpaling bg alasan itu ini...yg bodoh sama menyokong...

Betulla kita ni dah fasa2 akhir..org bodoh berleluasa..jd bersyukurla korang jika msh dpt bezakan perkara baik dan buruk..itu tandanya iman msh ada walaupun hny senipis bawang.. mudah2an kita tak jd bebal mcm kebanyakkan manusia yg ada hari ini...

Mesti kome kata den terpaling..den terima je sbb sejujurnya itulah situasi yg den tgk hari ini..dan den takut setakutnya..hrp den pun xlama la duk didunia ni..sbb den pun kdg takut dgn diri den juga..takut terpengaruh jd bodoh( of cosla den ni pun bodoh tp tidakla smp xtau beza semua hal)...

Dan ko dik..even anak sedara, xbg ko lesen utk menyentuh sesuka ati..dan mak pak terpaling sporting, silalah jgn membiak bak kata acik2 forum yg kdg perasan vass tp kdg nan hado juga perangai lebih2 lg psl retis yg sama xmaksum mcm semua manusia... kehkehkeh.....opppss corry corry (sila nyanyi lagu sorry sorry super junior)..
Quote jue10 7-9-2024 02:55 PM
Klu anak buah pun boleh ke buat mcmtu. Usap bibir bagai. Cium pipi. Ehhhh!!  Cuba anak kau dibuat pakcik dia gitu apa pendapat kau. Bodoh ke apa jantan ni!
Quote hokeypokey 7-9-2024 02:59 PM
Pedo ke mamat ni???
Quote Tiggybiru 7-9-2024 05:51 PM
Anak saudara kau cium buat apa setannn
Quote pocongkiutss 7-9-2024 05:57 PM
Gilaaaaaaaa..bab kesedaran pasal pedo ni ramai tak amik tau kan
Quote Kitty_catz 7-9-2024 06:45 PM
sfrnna replied at 7-9-2024 12:50 PM
Meols tgk yg video viral dia usik bibir budak tu je. Konon nak tunjuk care tp cringe ye. Dahla muka  ...

ayoyo

ni kalo tok laki meols.. lama dah pecah muka budak ni yeee
Quote alesandra 7-9-2024 07:02 PM
Yg dia panggil crush tu  budak lain..bukan anak sedara dia kan? klau aku lahh.. mmg  nak kena dgn aku.
Quote makciktijah 7-9-2024 07:07 PM
ada yg dia reply komen ckp dia tggu budak tu besar. bodoh betul. yg tukang sokong pun sama tongong. berlambak kes haruan makan anak, pakcik, sepupu segala rogol, pastu nak anggap perangai drebar bodoh ni normal.

Quote lightheaded67 7-9-2024 07:14 PM
makciktijah replied at 7-9-2024 07:07 PM
ada yg dia reply komen ckp dia tggu budak tu besar. bodoh betul. yg tukang sokong pun sama tongong.  ...

mmg tak paham dibuatnya
Quote ezacbee 7-9-2024 07:16 PM
Yg sokong pun bingai.. terang2 pedo.

Quote Purestteam1 7-9-2024 07:24 PM
jauhkan la ...
Quote Firenzza 7-9-2024 07:28 PM
Mana ko tau mak dia sporting hanattttt, ko tu bawak bas pegang stereng je la yg ko pg pegang anak org dh knp?

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top