CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baring Sekejap Tunggu Waktu Maghrib, PU Riz Dijerkah Pak Cik Surau - "Pakcik Surau, Jangan Jerit Saat Orang Iktikaf Di Masjid"

6-9-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31864| Komen: 110

 


Pendakwah bebas, PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau susulan berbaring seketika sewaktu menunggu masuk waktu maghrib.

Hal tersebut dinyatakan oleh PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29 menerusi Instagramnya apabila terkejut ditegur dengan suara kuat oleh seorang pak cik yang menyelia surau yang dihadiri.

PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau ketika tunggu masuk waktu solat 

Ujarnya, dia memang bukan individu yang kerap mendapat peluang datang ke surau, namun mengambil kesempatan untuk baring sebentar sementara menunggu waktu solat fardu.

 
Namun tidak disangka-sangka dia dikejutkan dengan suara yang agak kuat menyatakan tidak boleh tidur di ruangan tersebut.

“Sajala kongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainnya, haritu saja la tunggu kan wanktu solat…"

“Last terjekut i kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la,” tulisnya."



PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau, padahal ada hadis yang benarkan

Tambah PU Riz, menunggu waktu solat dengan beriktikaf di dalam surau atau masjid sememangnya mempunyai manfaat serta dituntut dalam agama.

Dia juga turut menyertakan sekali hadis yang menyatakan hal tersebut.

Beza situasi jika di Masjid Nabawi

Perkongsian yang dibuat oleh suami kepada usahawan selebriti terkenal, Neelofa itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman hampir sama seperti yang dilalui oleh PU Riz dan berharap orang-orang yang menyelia masjid ataupun surau lebih peka tentang perkara itu.

 

Orang2 masjid kena celik ilmu juga

 

Ada yang pernah alami situasi hampir serupa

 
Sumber  – OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 6-9-2024 08:26 AM
Maapkan la acik surau tu..dia ingatkan bangla mana dok merempat kat surau/masjid.rupanya laki jah.
Quote Barebow77 6-9-2024 08:26 AM
Hasben aiol penah kena perli dengan pakcik2 surau katanya baju melayu ada bekas lipat lagi coz baru 1st time nak solat berjemaah..member terus taching.. yelah mmg sebelum nie tak join sebab tak sampai seru kan..dah sampai seru kena perli lak..lansung terus sentap kawan tue..tak pie dah surau..
Quote DukunSentet 6-9-2024 08:35 AM
Pakcik tu tak kenal ko sapa.. cuba kenal.. mesti wat video conten tiktok. siap kirim salam kat jah billie ngan dolah abas..
Quote prince_marhaen 6-9-2024 08:39 AM
berterabur ye caption bini Jah...macam budak2 lembam menulis...
Quote awex^returns 6-9-2024 08:40 AM
ni lagi sekor PU ke hulu PU ke hilir
dakwah dulu kat laki ko, adik ipar ko, mak mertua kentut ko
tulis pun tunggang langgang
eja berterabur
menyampah pulak aku tengok
Quote Prickford 6-9-2024 08:42 AM
Semalam naik satu status beserta gambar budak kena libas dgn rotan kat belakang badan, berbirat budak tu. Bapak dia report polis, gelabah tok siak. Rupanya ramai dah kena libas ketika solat, randomly. Orang report dgn tok imam, tapi takleh buat apa until kes semalam family budak tu update, tok imam minta buat report polis. Orang tu akui mungkin anak dia anak nakal cuit2 kawan tapi taklah menggangu time solat. Disebabkan ramai dah kena libas sampai tak nak mai masjid tu, tok imam suggest report polis je utk kes kali ni haha
Quote slyfynx 6-9-2024 08:43 AM
Die ni mmg ade dyslexia ke?
Nape huruf besar/kecil berterabur dan ejaan mcm budak skolah rendah.
Oening iols baca
Quote miamiot 6-9-2024 08:44 AM
Terjekut jgk baca cerita diatas
Quote noor2 6-9-2024 08:57 AM
Anak lelaki akak kena tegur dgn imam sb cara dia potong rambut..x betul mcm potongan yahudi katanya..haha..anak lelaki sulung akak mmg x pernah tinggal solat kat surau 5 waktu masa tu sebelum masuk University..lepas SPM masa tu...sekarang x
rajin pulak dia pi surau huh..imam tu mmg dah kenal la muka dia ...subuh pun dia pi...tak tahula dia terasa hati ke tak..tp dia mengadulah bila balik solat tu
Quote mayaHD 6-9-2024 08:59 AM
berbirat gak belakang budak tu kan, buduh punya siak, ni jenis muda2 suka salahkan sekeliling diri sdn je tak salah
Quote katakauu 6-9-2024 09:03 AM
hAHAHahAAhAHaHA PAdAn MUka KenA jerkah patUTnYa libas je bini jahlop ni

mcm lembab je huruf besau kecik dia
aku pun join sekali
Quote dewi_rina 6-9-2024 09:05 AM
Pakcik tu ingat bangla juai kitab dok lepak sesaja dalam masjid.. Bukan salah pakcik tu
Quote dewi_rina 6-9-2024 09:08 AM
Ya ampun ejaan dia, sakit mata baca banyak salah.. Mcm mana ko jadi cikgu ni haris oi
Jangan lah nak mengajar si billie dgn dollah tu, confirm budak2 jadi bengong sama
Quote blue_blur 6-9-2024 09:20 AM
Barebow77 replied at 6-9-2024 08:26 AM
Hasben aiol penah kena perli dengan pakcik2 surau katanya baju melayu ada bekas lipat lagi coz baru  ...

alah.. sembur je la balik..... zaman le ni tak payah nak jaga sangat muka... kalau reti membagi, sedia terima balas... paling basic pun ayat, apa masalah dengan baju ni untuk berjemaah? (ni up sikit) perlu saya pura2 alim pakai serban? pura2 alim letak kain selempang? pura2 alim pakai jubah? maka layak untuk saya jemaah?
Quote Janetnasuha 6-9-2024 09:26 AM
Ko kene maros i is padankan muka ajer. Hahahahaha
Quote jalfa 6-9-2024 09:36 AM
Over nya pak cik siak segala ni...kat asrama anak aku pon x boleh dah baring baring time tunggu isyak..biasa boleh je baring kejap sambil tunggu isyak.sejak pengetua baru datang tak boleh dah...kesian budak budak dahla penat seharian aktiviti..nak baring relek kejao pon tak boleh..surau besar tak de mengganggu org lain pon.gitu luahan anak aku
Quote L.U.S.M 6-9-2024 09:40 AM
prince_marhaen: berterabur ye caption bini Jah ...


Ala...posting pun just psl pengalaman sendiri bukan berdakwah secara general..gelaran PU tu dh blh buang dh kot..
Quote L.U.S.M 6-9-2024 09:41 AM
katakauu replied at 6-9-2024 09:03 AM
hAHAHahAAhAHaHA PAdAn MUka KenA jerkah patUTnYa libas je bini jahlop ni

mcm lembab je huruf besau k ...

Mcm tu la dia mesej2 dgn lakinya..apedehal..beras bini beli hahaha
Quote fattymah 6-9-2024 09:43 AM
Prickford replied at 6-9-2024 08:42 AM
Semalam naik satu status beserta gambar budak kena libas dgn rotan kat belakang badan, berbirat buda ...

Katanya budak tu dok mencarut

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top