Kuala Lumpur: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya. Nancy berkata, kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK). "Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan. Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa, melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu (Akta Kanak-Kanak 2001)," katanya dalam akaun X beliau, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna X, yang berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai 'crush' dan 'kesayangan'.
Berdasarkan kepada pemerhatian Bernama di TikTok, pemilik akaun itu yang menggunakan nama 'Abang Bas' yang mempunyai lebih daripada 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar jelas kelihatan. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
bensolo333 replied at 6-9-2024 06:06 PM
si pedo ni pon ada onlyfans account. Dasar pedo, pandai ko grooming budak2 kecik, mentang2 mak apak ...
pooh~key replied at 6-9-2024 06:47 PM
Kau biar betul dekkkkk????
ADVERTISEMENT