CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak pokok kena tebang.Cameron Highlands tak lagi sejuk seperti dulu

5-9-2024 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6797| Komen: 44|Original author: Abahmung

 
 


CAMERON HIGHLANDS - Penerokaan bagi tujuan pelbagai projek komersial menjadi antara penyumbang cuaca di kawasan peranginan Cameron Highlands di sini semakin kurang sejuk.

Pembangunan dilakukan antaranya bagi tujuan aktiviti pertanian, eko pelancongan dan premis perniagaan itu menyaksikan banyak kawasan hijau dan pokok-pokok yang sepatutnya berperanan sebagai 'penghawa dingin' semula jadi terpaksa dimusnahkan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A Dilip Martin berkata, perubahan suhu paling ketara dapat dilihat dalam tempoh lima ke enam tahun ini apabila banyak pembukaan tanah-tanah baharu dilakukan.

Menurutnya, suhu dingin pada waktu siang di kawasan itu kini hanya mencapai 24 darjah celcius berbanding suhu sejuk 20 ke 21 darjah celcius sebelum ini.

"Kalau dahulu penduduk tempatan dan pengunjung terpaksa memakai pakaian tebal di sini kerana cuaca yang sangat dingin dan berkabus.

"Berbeza keadaan sekarang, orang ramai boleh berpakaian kemeja-T sahaja kerana udara sudah tidak lagi rasa sejuk," katanya kepada pemberita sempena program penanaman semula pokok bersama 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang di sini pada Rabu.


Dilip Martin (kanan) menyantuni seorang pelajar yang turut sama menyertai program penanaman semula pokok dijalankan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang pada Rabu.

Program dengan kerjasama Yayasan Sime Darby yang dilaksanakan selama dua tahun bermula Mei lalu melibatkan 20,000 anak pokok untuk ditanam di kawasan-kawasan endemik.

Dilip Martin berkata, selain bagi tujuan pemuliharaan, penanaman semula pokok itu juga bertujuan mendapatkan kembali suhu dingin Cameron Highlands.

Katanya, sekiranya tiada langkah diambil, peningkatan suhu di kawasan peranginan itu boleh memberi kesan pengurangan pengeluaran ladang-ladang sayur dari sudut kualiti dan kuantiti.


"Dari aspek pelancongan sudah tentulah akan terjejas kerana persekitaran dingin merupakan tarikan utama pengunjung ke sini," katanya.

Seramai 34 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brinchang menyertai program penanaman semula pokok dijalankan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti tanaman semula pokok yang digerakkan Reach sejak 14 tahun lalu telah berjaya memulihara 40 peratus melibatkan kira-kira 10 hektar kawasan hutan yang telah digondol.

Ujarnya, bagi kawasan Gunung Brinchang pula, dua hektar daripada keseluruhan 4.5 hektar yang diteroka pihak tidak bertanggungjawab telah ditanam semula dengan pokok-pokok spesies tempatan antaranya geruk, kelat, medang serai dan eugenia.

"Kebanyakkan pokok yang kita tanam telah berjaya mencapai usia antara 10 hingga 12 tahun.

"Lebih menarik apabila pemuliharaan ini berjaya menarik kembali kehadiran spesies haiwan yang jarang ditemui ke kawasan ini seperti asian golden cat, yellow-throated marten dan leopard cat," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-9-2024 01:09 PM
"u orang ingat kita peduli ka...ini bukan kita negara la..kita 'pakai' buat wang saja la" -Abangla Peneroka tanah haram
Quote sharlenetexas 5-9-2024 02:24 PM
Adakah pada tahun2 akan datang perlu gunakan aircond?

Quote Ilgiying 5-9-2024 02:37 PM
Hmm tahniah pahang
Quote sukacactus 5-9-2024 02:38 PM
Br blk dr CH last week
Betul mmg xsejuk kecuali dr lewat ptg ke awal pagi
Gelak2 je aku tgk org gigih bersweater lengkap bermuffler bagai
Quote rykall 5-9-2024 03:03 PM
Pejabat Tanah Cameron Highland PALING RASUAH sebab isu ini tak pernah habis sejak dulu. Memang tiada penguatkuasaan. Kalau ada pun hanya jika sedang ada isu.
Quote mejaputih 5-9-2024 03:08 PM
same ol same ol
Quote Skuau 5-9-2024 03:09 PM
rykall replied at 5-9-2024 03:03 PM
Pejabat Tanah Cameron Highland PALING RASUAH sebab isu ini tak pernah habis sejak dulu. Memang tiada ...

Saiya cinta sama ini negara"-Abangla Peneroka haram
Quote kemaruk 5-9-2024 03:09 PM
Jauhnya pergi cameroon dekat afrika sana
Quote B40tastePosh 5-9-2024 03:30 PM
Kalau nak best pergi Gunung Pak Pak atau Brastagi di Sumatera sana....lagi best dari Cameron Highland.
Quote B40tastePosh 5-9-2024 03:31 PM
Malu kot adik angkat aku compare kesejukan CH dgn Gunung Pak Pak.

Ongok betul kerabat Pahang.
Quote supernaturalee 5-9-2024 03:31 PM
last year pi cameron
siangnya hangat
tp air paip mmg sejuk

mlm pulak yes, masih sejuk mcm dulu
nk plk klu hujan
smpi ke tulang
Quote kakikuDibibirmu 5-9-2024 03:32 PM
Pokoknya bisa ditebang
Quote B40tastePosh 5-9-2024 03:34 PM
Gunung Pak Pak Bharat lagi banyak Obyek² Wisata dan Situs² Horor juga.

wisata.jpg
Quote B40tastePosh 5-9-2024 03:35 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-9-2024 03:32 PM
Pokoknya bisa ditebang {:mlwa ...

Obyek obyek wisata alam
Quote yusryimran 5-9-2024 03:38 PM
yelah betul mmg tidak sejuk mana pun 4 hari duk atas ni attand course awal pagi rasa sejuk.  Semalam malam  September 4, 2024 tidak sejuk pun biasa2 sahaja.
Quote kucingitam 5-9-2024 03:48 PM
10 thn dulu masih sejuk..jalan pun tak jem lagi time tu.
Quote airfilterkotor 5-9-2024 04:02 PM
Bila tengok pic budak² skolah tu, teringat waktu station kat sana awal 2000, suhu sejuk tapi UV perit kat kulit. Merah² jer pipi bebudak sana nak² yg berkulit putih.
Those days la.
Quote ina_na 5-9-2024 04:04 PM
Ms iolss kat kg dl..nak tau CH,BF,GH sejuk atau panas kat Raub tu pun blh tau..kalo Raub sejuk sana pun sejuk..kalo panas,lebih kurang je...tuk iolss la..
Quote Jikookie 5-9-2024 04:27 PM
Oh noooo, jangan la. Tempat fav iols ni. Suka pergi sana sebab sejuk dan bunga segar2 buat terapi mata

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062425 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top