CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dasyat! 30 pegawai Korea Utara gagal tangani banjir dihukum mati

5-9-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31571| Komen: 29

 

PYONGYANG –  Korea Utara mengenakan hukuman mati terhadap kira-kira 30 pegawai kerajaan pada bulan lalu kerana gagal menangani kesan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 4,000 orang, lapor akhbar The Independent semalam. 

Media Korea Selatan melaporkan bahawa pegawai-pegawai itu didakwa atas kesalahan rasuah dan mengabaikan tugas.

Bencana banjir yang melanda wilayah Chagang pada Julai lalu menyebabkan lebih 15,000 orang hilang tempat tinggal.

Menurut media tempatan, banjir turut memusnahkan kira-kira 4,100 rumah, 7,410 ekar tanah ladang, jalan raya, bangunan dan laluan kereta api di bandar Sinuiju serta daerah berdekatan, Uiju. 

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan pihak berkuasa untuk ‘menghukum dengan tegas’ pegawai-pegawai yang bertanggungjawab, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan yang tidak dinamakan memberitahu stesen TV Chosun bahawa antara 20 hingga 30 pegawai kerajaan di kawasan yang dilanda banjir dihukum mati pada bulan lalu. 


Bagaimanapun, laporan itu tidak dapat disahkan secara bebas.


Pada masa sama, Jong-un mengisytiharkan bahawa Korea Utara tidak akan menerima sebarang bantuan antarabangsa. 

Sebaliknya, beliau meminta pegawai untuk memindahkan ribuan penduduk ke ibu kota Pyongyang, di mana mereka akan menerima penjagaan dan sokongan yang lebih baik. 

Usaha pembinaan semula dijangka mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan, di mana kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan kepada hampir 15,400 mangsa banjir di Pyongyang. – AGENSI



Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 5-9-2024 11:50 PM
Mulianya dia ni terus pindahkan rakyat terjejas ke ibu negara. Long live supreme leader kim
Quote Goodluckdontcry 6-9-2024 12:46 AM
Tak terbalik pulak bot tu..tp mcm balance jer..dia sorg gemuk gedempol disebelah sini versus 3 org keding sebelah sana... kehkehkeh
Quote intan244 6-9-2024 02:10 AM
mmg supreme leader. case covid kosong.
Quote hokeypokey 6-9-2024 02:59 AM
Goodluckdontcry replied at 6-9-2024 12:46 AM
Tak terbalik pulak bot tu..tp mcm balance jer..dia sorg gemuk gedempol disebelah sini versus 3 org k ...

Kalau terbalik bot, pegawai2 yg uruskan bot plak kena hukuman mati, so pepandai la diorang pk bagi balance takut mati plak kang..
Quote Queenmastani 6-9-2024 03:42 AM
Kalau wak2 yg berlungguk kt umngok dok kt korea utara agak2 idop lagi tak?
Quote sapeka 6-9-2024 06:09 AM
Penyelesaiab yg mudah cepat dan telus
Quote Barebow77 6-9-2024 06:11 AM
Queenmastani replied at 6-9-2024 03:42 AM
Kalau wak2 yg berlungguk kt umngok dok kt korea utara agak2 idop lagi tak?

Dah lama innalillah..
Quote Thunderclouds 6-9-2024 06:16 AM
Kn senang gini.
Gagal perform hukum mati teruih.
Malu la ngn peg² segala mala kt sini masih simpan wat busuk nama jabatan..krjn negeri.
Siap dpt wet pencen sampai mati.
Quote batmana 6-9-2024 06:45 AM
kdg2 berita exaggerate aja
yg Lapor berita Korea selatan
yg sahkan takde

Quote nurul_akmar 6-9-2024 08:36 AM
sbb rasuah.. sebab tu kena hukuman mati.. negara dh hardcore mcm tu pon berani berasuah2..
Quote Claudia_Lestat 6-9-2024 08:45 AM
Dasattt dia ni. Terus kasik hukum mati je  . Iols selalu gak tgk dokumentari pasal KU kat youtube. Beza betul negara ni dgn KS.
Quote shamsadis 6-9-2024 08:57 AM
sementara itu di sebuah negara pasir berdengung....komen lebih2 kang ke dalam...
Quote Dovahkiin 6-9-2024 08:58 AM
intan244 replied at 6-9-2024 02:10 AM
mmg supreme leader. case covid kosong.

Pukul 12pm - 1 positif
Pukul 12.15pm - 0 positif
Pukul 1pm - 3 positif
Pukul 1.15pm - 0 positif
Quote IzzahF 6-9-2024 09:15 AM
30 mati, recruit yg baru..mesti semua tak tenang hidupnya
Quote lostnfaun 6-9-2024 09:23 AM
Dovahkiin replied at 6-9-2024 08:58 AM
Pukul 12pm - 1 positif
Pukul 12.15pm - 0 positif
Pukul 1pm - 3 positif

Jadi 0 tue, dia bunuh terus ke apa.. cepat betul settle
Quote Modngengade 6-9-2024 09:24 AM
Pemimpin yg paling hodoh didunia selepas pemimpin israel laknatullah netanyahu
Quote Sazreena 6-9-2024 02:20 PM
Kalau mesia buat ceni...tak dan pegawai baru tukar nak lepak kantin minum-minum apatah lagi counter setting.
Quote ezacbee 6-9-2024 02:35 PM
Kat sini klo ada skandal rasuah ke apa cuma ditukarkan je.. senang hidup.

Quote kotakbaju 6-9-2024 09:58 PM
IzzahF: 30 mati, recruit yg baru..mest ...


Baru la betul2 buat keja.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.128797 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top