CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipukul anak VVIP – Tengku Hassanal titah siasatan tegas, adil dijalankan

5-9-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34351| Komen: 43

 


KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.

Baginda bertitah demikian dalam status yang dimuat menerusi aplikasi sosial Instagram milik baginda.

“Saya mahu pihak polis menyiasat kes ini dengan segera, telus, adik dan tegas tanpa kompromi mana-mana pihak. Tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat,” titah baginda.

Tengku Hassanal turut menegaskan baginda sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki mendakwa telah dipukul, ditikam dan ditembak sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP di sebuah kandang kuda, di sini pada 6 Jun lalu.


Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan berumur 44 tahun itu berkata, dirinya mengalami kecederaan di bahagian paha kanan setelah ditikam dengan sebilah pisau. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EriaDoritis 5-9-2024 11:30 PM
Sepupu sendiri yang buat onar
Quote sharlenetexas 5-9-2024 11:39 PM
Siapakah anak vvip itu?

Quote amyfaha 6-9-2024 12:31 AM
Dgr bole,percaya jgn.. [em:3:]
Quote esteryen 6-9-2024 01:43 AM
EriaDoritis replied at 5-9-2024 11:30 PM
Sepupu sendiri yang buat onar

hmmmm drama ja ka atau mmg x sebuluuuuu...
Quote Cleocatra 6-9-2024 04:08 AM
Dan dan keluar surat rasmi. Pastu kes senyap jah. Macam la orang tak tahu
Quote noor2 6-9-2024 06:05 AM
Cleocatra replied at 6-9-2024 04:08 AM
Dan dan keluar surat rasmi. Pastu kes senyap jah. Macam la orang tak tahu

Adil la sgt....
Quote Thunderclouds 6-9-2024 06:11 AM
Halah²..
Ank vvip sesama ank vvip bkungfu pn pulis xbkutik
Inikn pulak kes doyan ngn mentimun
Akak mampu gelak jah ngn stetmen gini
Quote lightheaded67 6-9-2024 06:45 AM
siapekah
Quote jlo 6-9-2024 08:29 AM
siapakah...
Quote pooh~key 6-9-2024 08:43 AM
Chomel betul yach dia ni sissy.
Quote aikee04 6-9-2024 08:49 AM
....kata di sayangi rakyat
Quote mayaHD 6-9-2024 08:55 AM
hermmm
Quote haruslah 6-9-2024 08:57 AM
Sape anak vvip tersebut?

Btw, teringat kes n9 vs jdt...
Sengapppp je kann sampi skrg
Quote blue_blur 6-9-2024 09:30 AM
apa ni........ sama perangai atau ada dua faction juga?
Quote ezacbee 6-9-2024 09:53 AM
EriaDoritis replied at 5-9-2024 11:30 PM
Sepupu sendiri yang buat onar

Kat tt dah tersebar muka suspek. Komen2 kat situ sangat menyentuh hati
Quote kechikchomel 6-9-2024 09:58 AM
EriaDoritis replied at 5-9-2024 11:30 PM
Sepupu sendiri yang buat onar

berapa la umo heolss?? rasa macam muda je lagi
Quote alesandra 6-9-2024 10:46 AM
EriaDoritis replied at 5-9-2024 11:30 PM
Sepupu sendiri yang buat onar

Anak sapa?
Quote seripahzeripah 6-9-2024 11:55 AM
ank julita aisyah yg eddy tu..like father like son la kuenn
Quote EriaDoritis 6-9-2024 12:40 PM
kechikchomel replied at 6-9-2024 09:58 AM
berapa la umo heolss?? rasa macam muda je lagi

Memang muda, 20 baru

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.109279 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top