CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru ‘sama naik’ nak jual air dekat murid – Mak Cik Kantin

5-9-2024 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31417| Komen: 32

 


PETALING JAYA – Seorang pengusaha kantin sekolah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir guru sekolah yang cuba ‘mencaras’ punca rezeki mereka.

Menerusi sebuah hantaran oleh sahabat pengusaha terbabit yang dikenali sebagai Ayu Suhaili di aplikasi Facebook, pengusaha kantin tersebut terpaksa melayan karenah guru-guru di sebuah sekolah sejak hari pertama berniaga.

“Dari hari pertama buka kantin, mereka minta dengan kita (pengusaha kantin) untuk jual air juga dengan alasan kantin buat air tak cukup.

“Hari seterusnya, kita tambah lagi tiga balang air nak pastikan cukup tapi lepas itu, ‘complain’ air mahal. Okay sabar lagi, kita turunkan harga,” luahnya.

Menurut hantaran tersebut, dia melihat pelajar-pelajar sekolah terbabit membeli air kotak yang tidak dijual oleh pihak kantin.

Apabila melakukan soal selidik, dia mendapati air kotak tersebut telah dijual oleh seorang cikgu di bawah persatuan guru-guru dan kakitangan.


Dia masih boleh bersabar lagi kerana dia percaya kepada konsep rezeki di mana setiap manusia telah ditetapkan dengan rezeki masing-masing oleh Allah SWT tetapi kesabaran tersebut akhirnya ‘meletup’ apabila dia mendapati cikgu berniaga pada hari kokurikulum.

“Bila kita ambil gambar dan video, mereka mula marah dan tanya kenapa ambil video.

“Bila dah ‘cuak’ kita ambil video, baru mereka datang ke kantin cakap mereka dapat kebenaran dari guru besar untuk jual makanan pada hari Rabu sahaja,” katanya.

Jika cikgu mahu turut berniaga, mereka sepatutnya memberitahu kepada pengusaha kantin awal-awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan kerana pengusaha harus memikirkan tentang kos bahan, gaji pekerja dan kos utiliti.

Bukan itu sahaja, pengusaha kantin juga mempersoalkan sama ada guru tersebut mempunyai Sijil Kesihatan Suntikan Tifoid dan Sijil Kursus Pengendali Makanan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-9-2024 11:50 PM
cikgu weols zaman dulu lagi kelakor

tahun ni, sheols very gemuk
next year, tiba2 kurus. pakai baju kebaya dengan high heels pegi sekolah. habis la pecah lantai kat sekolah tu semua. lepas tu dia aim budak2 sekolah yang gemuk, promote ubat kurus
Quote AceHand 6-9-2024 12:13 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sila buat laporang kat PPD...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote prince_marhaen 6-9-2024 09:40 AM
zaman meols, cikgu jual one drop perfume...pastu suh kami amik sample sorg 1, promo kat mak ayah.. hahahahahahaha... pastu kalau sekolah johor, ada program Tunas Bistari, belajar setup bisnes, JCorp sponsor modal RM1,000. kitorg hari2 kena kerahan jual jambu batu potong dengan air kotak/tin... waktu rehat duk bilik ERT/KH potong2, pukul 1 kena keluar cepat2, menjual kat tepi padang laluan keluar....setahun ye, rasanya dah untung ribu2 dah... hujung tahun cikgu meols bagi sorang RM100 je.. katanya lain2 kos dia belikan jambu & air kotak/tin, plastik bungkus & duit minyak dia... lahhhhh~ hahahahahah.. padahal kitorg buat akaun semua...sebab belajar kan semua tu ada kursus...  duit beli2 barang & setup tu duit rolling modal.. petrol pun dah kira.. sial punya cikgu.. hahahahahahaha
Quote Ai_kiu 6-9-2024 09:51 AM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 09:40 AM
zaman meols, cikgu jual one drop perfume...pastu suh kami amik sample sorg 1, promo kat mak ayah.. h ...

Hahaahhha yg ini kelakar
Dah kerah tenaga murid2 alih2 cikgu2 jugak yg mkn untung tiap bulan.
Buat bayo loan overlap lettewwww
Quote darkness 6-9-2024 09:52 AM
Pintar pengusaha kantin dia. Paling gerun, perosalkan ada dpt lesen atau suntikan
Quote prince_marhaen 6-9-2024 10:06 AM
Ai_kiu replied at 6-9-2024 09:51 AM
Hahaahhha yg ini kelakar
Dah kerah tenaga murid2 alih2 cikgu2 jugak yg mkn untung tiap bulan.
Bu ...

hhahahahahah memang musibat ye, dah la untung harian pun dah RM50-150 dah tolak modal beli buah & air, plastik,
jualan sepanjang tahun katakan lah hari persekolahan 40 minggu tolak cuti siap2, sebab meniaga setiap hari ye sepanjang form 4 tu, takde gilir2 8 orang, semua kena buat kerja harian. Sebulan biasa 1 kali je offday Jumaat (dulu jumaat sekolah).

RM150 x 5 = RM750 seminggu (dah tolak modal/kos/petrol/upah cikgu belikan barang)
RM750x 40 minggu = RM30,000
Hari Sukan untung = RM950
Cikgu yang sama letak OneDrop = +- ada lah 5-6 set orang beli = RM50 x 6 = RM300
RM31,250 - modal JCorp RM 1,000 = RM30,250 untung sahaja ye.

RM30,250 / 8 orang sama rata = RM3,781.25 sepatutnya, kitorang dah happy dah bila last tally account.
Sekali dapat sorang RM100...........kau rasa???

Lagi RM29k tu ke mana nyehhhh???????? cikgu pergi holiday oversea ye syundalllll!!!!



Quote jalfa 6-9-2024 10:18 AM
Suruh cikgu tu letak jawatan..lepas tu apply lesen mof jadi pengusaha kantin
Quote ifanonline 6-9-2024 10:23 AM
mcm2 hal cikgu skrg ni...kerja hakiki tak jalan, meniaga pula di buatnya
Quote vespa_oren 6-9-2024 10:37 AM
Rasa jika cikgu nk buat kerja part time biarlah berkaitan dengan pendidikan, mcm kelas tambahan k, kelas online k, xpun niaga mcm cg Aman tu
Quote Ai_kiu 6-9-2024 11:07 AM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 10:06 AM
hhahahahahah memang musibat ye, dah la untung harian pun dah RM50-150 dah tolak modal beli buah &  ...

Ai paham perasaan itu.. dah la terpaksa menjual pastu untung bulan2 cikgu xshare. Kira lump sum rm100 sorang dibaginya 1x hahahahaha
Jilaker btol
Korang kena pedajal ngan cikgu di siang hari
Dlu2 program keusahawanan kat skolah mmg byk kn. Bagusnya Jcorp siap bg modal padahal syarikat xberapa nk untung pon harap nama saja glc huhuhu.. tahun 2000++ kah?
Quote krustykrab 6-9-2024 11:12 AM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 09:40 AM
zaman meols, cikgu jual one drop perfume...pastu suh kami amik sample sorg 1, promo kat mak ayah.. h ...

Jgn tak tau cikgu pun manusia, ada rasa tamak, irihati dengki menipu gila sawan semua lah.

Sumpah je cikgu tu biar mati sok ni susah org nak uruskan jenazah
Quote krustykrab 6-9-2024 11:13 AM
ifanonline replied at 6-9-2024 10:23 AM
mcm2 hal cikgu skrg ni...kerja hakiki tak jalan, meniaga pula di buatnya

Bukan skrg je dulu2 pun kan kecoh cikgu niaga mlm segala
Quote ifanonline 6-9-2024 11:17 AM
krustykrab replied at 6-9-2024 11:13 AM
Bukan skrg je dulu2 pun kan kecoh cikgu niaga mlm segala

bukan MLM aje, ramai cikgu dok tunjuk tetek dlm media sosial...

ada sorang porumer pun dikenali sebagai cikgu sex
Quote prince_marhaen 6-9-2024 11:21 AM
Ai_kiu replied at 6-9-2024 11:07 AM
Ai paham perasaan itu.. dah la terpaksa menjual pastu untung bulan2 cikgu xshare. Kira lump sum rm ...

yup...tahun 2000-2002 gitulah.. hahaha
sampai mati kitorg ingat benda ni wehh hahahaha.. sebab dulu berangan nak beli macam2... kita ni sekolah bandar biasa je, pekan2 je.. berangan nak gi bandar Melaka tau shopping bagai... hujung2 kena scam ye..
Quote TomyamPuteh 6-9-2024 11:28 AM
Jahat sangat rupa rupanya cikgu cikgu ni.
Quote Ai_kiu 6-9-2024 11:30 AM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 11:21 AM
yup...tahun 2000-2002 gitulah.. hahaha
sampai mati kitorg ingat benda ni wehh hahahaha.. sebab du ...

Mesti ko terbayang2 muka cikgu tu masa tgh type ni kn
Pd aku mmg takde etika la cikgunya pon. Tak beragak ambil kesempatan pd anak2 murid. Cikgu tgk kelabu mata padahal engkorang lg tau pasal untung rugi sbb buat balance sheet. 1sen xtally pon garuk kepala kena cari sampai tally. Ujung2 hausssssssss
Quote IzzahF 6-9-2024 11:35 AM
cigu tak cukup gaji ke?
Quote AznieBunnie 6-9-2024 11:37 AM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 09:40 AM
zaman meols, cikgu jual one drop perfume...pastu suh kami amik sample sorg 1, promo kat mak ayah.. h ...

cikgu keji makan hasil anak murid ni memang merata ada.

waktu kelas seni, buat mencanting. elok pula kejadian. hari penyapaian hadiah, cikgu jual RM90. 1 sen tak dapat kat student. alasan: semua bahan sekolah sediakan.

ada lagi, buat kincir air, masuk pertanding sampai perlis. menteri besar nak beli RM5000, cikgu intervined, minta RM1000 je.
percuma cikgu kena bahasa dengan bodyguard lepas pak menteri tu berlalu - "bodoh! kalau cikgu letak 10K pun dia beli sbb dia mmg nak bantu student".
anyway... dapat 1000 tu, cikgu bawa student makan besar, sampai sekolah, 5 student tu dapat RM100 sorang. ditanya mana baki, cikgu kata tolak belanja makan besar malam tu... sedangkan nampak kot dia usung periuk besar naik bas kat padang besar....
Quote krustykrab 6-9-2024 12:02 PM
AznieBunnie replied at 6-9-2024 11:37 AM
cikgu keji makan hasil anak murid ni memang merata ada.

waktu kelas seni, buat mencanting. elok p ...

No wonder la ramai anak cucu cicit cikgu cikgi tak menjadi

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035487 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top