Penyanyi Shila Amzah mengakui pelik bagaimana namanya tercalon di bawah kategori top 20 Artis Paling Sensasi Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH36). Menerusi sesi siaran langsung, Shila berkata dia tidak mempunyai sebarang isu sensasi dan tidak mahu terkenal sebagai artis sensasi kerana dia adalah penyanyi. “Saya masuk ABPBH tapi kategori artis paling sensasi. Benda tu pelik, faham tak..saya tak menciptakan isu yang sensasi. Saya lebih rela anda undi selebriti lain seperti Bella Astillah, Ruhainies ke. Saya tak nak terkenal sebagai artis sensasi, saya adalah penyanyi,” katanya. Sementara itu, Shila turut menyeru pengikutnya tidak mengundinya dalam kategori tersebut serta meminta untuk ‘buat tak nampak’ namanya dalam kategori tersebut. “Tolong jangan undi saya, jangan…saya tak tahu apa saya akan rasa kalau saya menang walaupun saya tahu tak akan memang.
“Tapi cuba bayangkan saya letak trofi artis sensasi di kabinet trofi saya yang lain…macam..faham tak sedangkan saya ni penyanyi. Buat tak nampak je nama saya kat situ okay. Kalau lepas ni saya tercalon untuk penyanyi wanita baru undi,” katanya. Sumber – Xtra, Rotikaya |
zuriey: Apa yg tak sensasi nya isu ko gaduh dgn keluarga itu hari lupa ka..satu malaysia pening layan keluarga ko..dgn bapk kawin dgn bff .dgn mak bela 50 eko ...
Aneem replied at 6-9-2024 08:47 AM
Dalam masa yg sama dia bgtau belakemik dan aniskemut sekemut retis yg tiada hasil dan bergantung kep ...
ADVERTISEMENT