Pelakon Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar serta menganggap perceraian mereka adalah takdir yang sudah tertulis. Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia enggan memberikan sebarang komen terhadap penderitaan orang lain. “Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa,”katanya. Sementara itu, apabila ditanya adakah dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya, Puteri Sarah berkata fokusnya kini hanya untuk anak-anak dan bahagia dengan hidupnya sekarang. “Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin,”katanya. Hari ini, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu. Mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus jatuh talak.
Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
dua_chzy: Lawa dia muka plain mekap lite ...
TeropongThaico replied at 5-9-2024 08:08 PM
Ok la komen gini aiol puji bab ni walaupun aiol rasa dlm hati tu melompat tinggi langit... Tak kata ...
moonela replied at 5-9-2024 09:54 PM
Sarah kalau bare face dan mekap nipis memang cantik..muka dia tak sesuai mekap tebal..
TeropongThaico replied at 6-9-2024 04:33 PM
Aiol selalu org attach gambar yg terang2 jd bila tgk gini baru terasa lembutnya di situ. Mekap ter ...
moonela replied at 7-9-2024 03:36 PM
Betul..tak semua orang sesuai
Kadang faktor pencahayaan
pun memainkan peranan juga
ADVERTISEMENT