Kuala Lumpur: Kerajaan perlu lebih tegas mengangkat martabat bahasa Melayu dengan memastikan penggunaannya diutamakan dalam kalangan rakyat Malaysia serta setiap acara rasmi. Pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tiada maknanya individu itu bergelar rakyat Malaysia seandainya mereka tidak memahami Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan paling utama dalam negara. "Saya kira sekarang ini ada keperluan tarbiah hal macam ini kepada masyarakat dan pemimpin kerana pemimpin pun tidak faham kadang-kadang kita dapati komen daripada menteri Cina pun tidak betul sebab mereka tidak faham mengenai dasar bahasa di negara kita. "Kita tidak nafikan keperluan bahasa lain contohnya bahasa Inggeris sebab ia bahasa antarabangsa, malah kita juga akui kehebatan bahasa Cina Mandarin itu antara bahasa terbesar di dunia dan bahasa kebangsaan di China.
"Tetapi dalam negara kita, martabat dan taraf bahasa Mandarin itu cuma sebagai bahasa sukuan orang Cina yang penting dalam ranah kekeluargaan dan komuniti Cina saja begitu juga bahasa Tamil. "Jadi, semua pihak perlu faham dan hormati perlembagaan bahawa bahasa Melayu ini bahasa utama kita dalam erti kata lain semua wajib tahu bahasa Melayu jika tidak apalah maknanya dikatakan rakyat Malaysia kalau tidak tahu berbahasa Melayu," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Beliau mengulas mengenai penggunaan bahasa Melayu masih tidak digunakan sepenuhnya dalam negara walaupun sudah mencapai 67 tahun kemerdekaan sehingga ada program kerajaan dilaksanakan dalam tiga bahasa. Mengulas lanjut, Teo yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, jika keadaan seumpama itu terus berlarutan, beliau percaya bahasa Melayu akan pupus apabila peranannya diambil alih bahasa lain. "Memang agak menyedihkan sudah 67 tahun usia kemerdekaan Malaysia tetapi kita masih tidak merdeka dari segi penggunaan bahasa Melayu. "Kita masih dijajah apabila minda kita masih terkongkong dalam erti kata kita agungkan bahasa lain macam bahasa Inggeris bukan salah orang putih tetapi kita sendiri yang mengada-ngada sedangkan bukan tidak boleh (guna bahasa lain) tetapi perlu berpada-pada dan tengok keadaan. "Jika berterusan macam sekarang, bahasa Melayu akan pupus bukan hilang selama-lamanya tetapi beralih daripada bahasa utama kepada bahasa kecil dan tidak penting kerana ranahnya diambil alih bahasa lain," katanya. Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ada tekad politik lebih tegas untuk mengangkat martabat bahasa Melayu seperti ketegasan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menjadi perdana menteri termasuk pernah berucap dalam bahasa kebangsaan pada majlis penting Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). "Bahasa Melayu boleh menjadi elemen perpaduan baik untuk menyatukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa contohnya kejayaan Indonesia mengikat rakyatnya yang pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional mereka. "Kita juga pernah guna nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia, tetapi sayangnya sikap kita sama saja, malah ada agensi kerajaan sendiri guna bahasa lain dalam program mereka jadi kalau mereka tidak memberi contoh baik jangan salahkan pihak swasta tidak gunakan bahasa Melayu. "Seharusnya pemimpin perlu tegas dalam hal ini terutama program dianjurkan kementerian mesti guna bahasa Melayu sepertimana termaktub dalam Pekeliling Pemerkasaan Penggunaan bahasa kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam pada 2020," katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
miss_white replied at 5-9-2024 11:59 AM
Tyle C mmg bodoh
Bkn bodoh BM je english pun bodoh
Ckp melayu pun terkangkang2
tungkai replied at 5-9-2024 11:35 AM
Perjuangan Prof ni bakal seiring dgn mendiang Prof Kho Kay Kim. Dibenci komuniti type C
zuriey replied at 5-9-2024 11:35 AM
Ada sorng budak ni yg i kenal tak tahu langsung berbahasa
Masuk sekolah kena palau dgn cikgu dan kwn ...
Jikookie replied at 5-9-2024 03:55 PM
Hakikatnya mmg ramai org Malaysia yg tak reti cakap Melayu. Org Melayu sendiri pun berlambak tak ret ...
ADVERTISEMENT