CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reda bercerai dengan Hafidz Roshdi, Shuhada kini bahagia di Australia

5-9-2024 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38478| Komen: 1054

 


Memilih untuk menetap di Australia, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini semakin baik meskipun berada di rantau orang.

Kata Shuhada, 30, sebelum ini dia pernah mempertikaikan tentang nasib dirinya sehingga diduga dengan pelbagai masalah hidup (perceraian).

“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.

“Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.

“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia). Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok.


Tambah Shuhada, kehidupan yang lebih baik itu bukan bermaksud dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki atau ingin menunjuk kehidupan kini lebih baik berbanding sebelumnya.

“Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.

“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” katanya.


Awal Ogos lalu, Shuhada memaklumkan dia kini bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.

Malah dia juga tidak menolak untuk terus menetap di Australia dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh masa terdekat.

Sebelum ini Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada 27 Julai 2023 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

Pada 27 Julai 2023, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 5-9-2024 10:09 AM
Ok, good for you, skrg jgn mrempan lgi
Quote LostStar 5-9-2024 10:19 AM
ala bestnya.dah tua blh lagi ke study sana? haha
ke asal ada duit blh p.
Quote KamikuP 5-9-2024 10:20 AM
Elok le tu pegi berhijrah ke sana mudah mudahan berjodohan dgn orang Maori.. ekekeke
Quote honeystar_11 5-9-2024 10:26 AM
Byknya benang psl ex bini retis sendu ni
Quote Samerosie 5-9-2024 10:36 AM
KamikuP replied at 5-9-2024 10:20 AM
Elok le tu pegi berhijrah ke sana mudah mudahan berjodohan dgn orang Maori.. ekekeke

Maori kat NZ la.  Australia derang panggil Aboriginal.
Quote riyadhK 5-9-2024 10:36 AM
Heloknya hafiz. Rugi ngaiii tido malam sengsorang
Quote fanaz82 5-9-2024 11:13 AM
jgn lupa cari papa baru utk anak2. mana tahu kot2 rezeki dpt mat salleh australia, mcm raja ilya. blh berjiran
Quote MissVixen 5-9-2024 11:17 AM
Semoga berjodohan dengan bogan. Sesuai perangai dan fesyen rempit si kentang.
Quote azalia72 5-9-2024 11:35 AM
honeystar_11 replied at 5-9-2024 10:26 AM
Byknya benang psl ex bini retis sendu ni

kan... satu tajuk klua kat news, wajib bukan satu benang lain
Quote afie_m 5-9-2024 11:58 AM
apasal  asyik cerita minah ni ja wei..muak lah
Quote MsOryzaa 5-9-2024 12:01 PM
Mendunia si minah ni forum kalah artis . Lama dah kot cerai ngan artisnya.
Quote Thunderclouds 5-9-2024 01:07 PM
TT suka bukak tered mngundang makian acik² porom.
Nk kata pompuan ni retis, bukan.
Cerai pn dh lama.
Move on je la TT.
Quote sharlenetexas 5-9-2024 01:10 PM
fanaz82 replied at 5-9-2024 11:13 AM
jgn lupa cari papa baru utk anak2. mana tahu kot2 rezeki dpt mat salleh australia, mcm raja ilya. bl ...

Ramilah begum tu dia duk kat perth. Jauh. Mungkin shu.boleh ajak bangjat utk ngopi.

Quote kaedahnya 5-9-2024 01:50 PM
laa baru 30 ka patutla kelakuan tak rilek tibahh padaha tak da kena mengena pun
Quote kaedahnya 5-9-2024 01:51 PM
laa baru 30 ka patutla kelakuan tak rilek tibahh padaha tak da kena mengena pun
Quote ketambangkang 5-9-2024 02:43 PM
sambil2 tu bole cari mat saleh sana..bole menghasilkan baka helok
Quote Sazreena 5-9-2024 03:01 PM
Ok la shungaimon...dok je la asal ko x bunyik lagi dah. Btw...still waiting for ko nye Road To Jelitahahahahaaaa.
Quote irvene 5-9-2024 04:31 PM
asal tarikh kawen dia dgn tarikh cerai sama? cpt nau main dapat anak.
eh btw, bagus gak ko tu overseas. mat2 salleh ni suka la muka ko yg very the exotic ni. nanti ko boleh la flip hair dkt acik forum yg suka kutuk2 ko berlakikan mat salleh.
Quote cattiecute 5-9-2024 05:00 PM
baru 30 umurnya
muda lagi
tapi muka macam 30an je.

Lihat semua komen(1054)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.676205 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top