Tidak berselindung, pelakon Datin Atikah Suhaime seolah-olah berkongsi khabar kehamilan apabila mendedahkan mengalami alahan teruk sehingga terpaksa berehat daripada berkongsi video mukbang. Atikah atau nama sebenarnya Datin Nur Atikah Mohd. Suhaime berkata, sejak kebelakangan ini dia tidak boleh menjamah makanan yang mengandungi bawang kerana boleh mengakibatkan rasa mual. “Sejak akhir-akhir ini, rasa mual-mual semakin teruk. Maaf kalau kalian tertunggu-tunggu video mukbang. “Saya memang tak boleh makan bawang merah dan bawang putih buat masa sekarang. “Tak boleh bau bawang putih. Bau sahaja saya muntah,” katanya menerusi hantaran aplikasi TikTok. Artis asal Singapura itu berkongsi video sedang memasak hidangan Itali yang diberi nama Portabello Mushroom Focaccia Sandwich. Menurutnya, itu sahaja makanan yang boleh diterima tekaknya dalam tempoh ini.
“Buat masa sekarang sandwic yang kering dan tanpa garam ini adalah makanan tersedap di dunia untuk saya,” ujarnya. Perkongsian Atikah membuatkan ramai pengikut meneka dia kini sudah berbadan dua dan berada dalam fasa awal kehamilan menerusi tanda alahan itu. “Biasalah, trimester pertama rasa mual-mual tapi ada juga bakal ibu masih alahan hingga akhir trimester,” kata seorang peminat. “Kalau tak makan atau tak boleh bau bawang biasanya tengah mengandung,” tulis pemilik akaun lain. Bagaimanapun Atikah belum mengesahkan berita gembira itu dan membiarkan rata-rata pengikutnya terus berteka-teki tentang perkara tersebut. Pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Cleocatra replied at 4-9-2024 10:29 PM
Berbeza betul dia ni ngan datin popeye tu. Atikah tak giler branded. Datin popeye, boleh sawan kalau ...
Cleocatra replied at 4-9-2024 10:29 PM
Berbeza betul dia ni ngan datin popeye tu. Atikah tak giler branded. Datin popeye, boleh sawan kalau ...
abadi84 replied at 4-9-2024 11:58 PM
Kdg noticed baju2 yg dia pakai jenis murah2 jer...
Selalu nmpk ada jual kat TT.. rm50 pun boleh da ...
kerani_je replied at 4-9-2024 10:33 PM
Tin popeye tu abiskn duit laki je..Entah bisnes ape entah lakinye..Duit forex kah cuci2 kah..Datok ...
kerani_je replied at 4-9-2024 10:33 PM
Tin popeye tu abiskn duit laki je..Entah bisnes ape entah lakinye..Duit forex kah cuci2 kah..Datok ...
ADVERTISEMENT