CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja kilang dua isteri tak mengaku bersalah cabul anak kekasih

4-9-2024 07:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37715| Komen: 79

 


MUAR – Seorang pekerja kilang yang mempunyai dua isteri tidak mengaku salah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya, bulan lalu.

Tertuduh, Azle Mongin, 50, bagaimanapun membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada enam anak didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di sebuah rumah di Parit Yaani, Batu Pahat pada pukul 3.01 pagi, 31 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa bersama dua adiknya tinggal bersama ibu di rumah sewa selepas kedua-dua orang tuanya bercerai.

Tertuduh sudah lama mengenali ibu mangsa malah kerap datang serta tidur di rumahnya.

Pada hari kejadian, tertuduh menyelinap masuk bilik mangsa tanpa pengetahuan ibunya sebelum melakukan perbuatan itu.

Pada mulanya, mangsa menceritakan kejadian itu pada ibunya tapi wanita itu tidak mempercayainya sebelum mengadu kepada bapanya yang kini menetap di Kulai.

Selepas dimaklumkan kejadian itu, mangsa ditemani bapanya membuat laporan di Balai Polis Yong Peng, dengan tertuduh turut ditahan pada hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 4-9-2024 08:07 PM
2 isteri
Ada gelpren
Anak gelpren umur 17 ko pi cabul

Cilanat
Quote azimodin 4-9-2024 08:11 PM
Nanti datang la geng2 yang salahkan budak tu.. xjaga aurat la, suka sama suka la. Banyak sangat rapist apologists di dunia maya ni.
Quote hanamunir 4-9-2024 08:19 PM
pastu si girlfriend tak percaya mamat muka pecah umah ni da cabul anak..
nasib baik bapa percaya..
da 2 isteri punn tak cukupp lagi..
apoo la..
Quote missnina 4-9-2024 08:25 PM
Tagune punya lelaki
Lari jauh2 makcik, ni lebih dari buaya
Quote Carcosa 4-9-2024 08:27 PM
There's so much anger in me, lepas baca paragraph by paragraph.
Banyak sgt watak2 babi dlm cerita ni. Nak aje aku pijak muka sekor2 kasi lumat.
Well done to adik yg berani report, dan juga bapak kandung adik tu sbb percaya. Yg lain tu semua babi.
Quote syamzana 4-9-2024 08:38 PM
celaka punya jantan
jahanam punya mak
Quote dua_chzy 4-9-2024 08:48 PM
Carcosa replied at 4-9-2024 12:27 PM
There's so much anger in me, lepas baca paragraph by paragraph.
Banyak sgt watak2 babi dlm cerita ni ...

Aiol hads report satu komen jijik berkaitan kes ni di Youtube.

Pengomen tu kata secretly ni la impian suma lelaki. Ada lagi menda lain dia komen buat ai rasa jijik seolah nak imply hada 2 bini, hada gf, siap boleh merasa anak gf tu adalah fantasi normal jantan so aiols terus report dah komen tu terus hidden gituh. Buduh!
Quote Decaffeinated 4-9-2024 08:48 PM
Mamat ni memang sah terlebih hormon. Kena berubat ni. Tidak pun gunakan kelebihan itu dijalan yang menguntungkan.

Quote Perils 4-9-2024 08:50 PM
X padan ketot dan huduh...pn ramai pmpuan sangkut ek
Quote Manjahati 4-9-2024 09:12 PM
Tolong asingkan jantan ni dgn manusia
Quote xtravaganza 4-9-2024 09:46 PM
Budus la mamat ni. Potong jela..aku risau anak2 dia plak dia tibai klu dtg angin pus pus dia. Ni dh ada 2 isteri pon msh xpuas..tambah lg girlpren.. blom jd bini lg, ank girlpren tu dh dilanyak nye. Dasar mcm bab* , semua nk disondol

Quote 3chanceno 4-9-2024 09:59 PM
Pekerja kilang ada 2 bini + gelpren, apa lagi nak heran kalo ahli politaik

Bukan je jantan nie kena tangkap, mak mangsa nie pun patut kena jugak  kesian mangsa, nasib abahnya percaya cakap anaknya.

Jantan nie boleh siap tidor rumah gelpren, tak dak orang kampong lapor ke dengan pihak berkuasa?
Quote noah8670 4-9-2024 10:59 PM
dah ada 2 bini + 1 gf , tak cukup ya anak org pun ko nak juga

tadi saya tgk tt ada vid ttg hal2 mcm ni, mostly pelaku, their mom bf, stepfather some atuk2 mereka sendiri dan bila mengadu mmg family tak nk percaya , mungkin juga depa percaya tapi sbb nak jaga nama fam , sbb tu tutup mulut anak.. kesian budak2 tu trauma
Quote azimodin 4-9-2024 11:05 PM
3chanceno replied at 4-9-2024 09:59 PM
Pekerja kilang ada 2 bini + gelpren, apa lagi nak heran kalo ahli politaik

Bukan je jantan nie ke ...

Bukan tak report tapi ada kes2 yg penguatkuasa susah nak ambik tindakan. Macam jiran aku kat kampung, 3 generation jenis bawak balik partner yg xde ikatan. Kadang2 yg mak bawak balik jantan, kadang2 anak perempuan.. anak lelaki pon angkut girlfriend. Pernah la bapak aku buat aduan tapi x boleh nak buat apa sebab ada ahli keluarga lain dalam rumah. Ni bukan fitnah ya sebab terkeluar 2 baby dari aktiviti kesumbangan beramai2 ni. Dah beranak baru sibuk nak nikah. Tu pon siap bersanding lagi tanpa rasa malu.
Pastu ada 1 couple ni kawen koboi, lepas kawen duduk rumah kongsi ramai2 dengan member2. Kawasan tu memang banyak orang indonesia & sabahan yg merantau. Alasan dia "family aku dah biasa dah benda2 camni..". Terkejut aku. Siap mengaku passing2 girlfriend dengan kawan serumah masa bujang.
Quote Jitu 4-9-2024 11:09 PM
bodonya mak mangsa

setan ni tak padan bini 2 siap ada gf lg tu
Quote cucuq 5-9-2024 01:11 AM
Gilerrr seks  btul pakcik ni..sure ke org msia ni ke dpt PR or Ade ktrunan pendatang..
Quote annehuda 5-9-2024 01:26 AM
cucuq replied at 5-9-2024 01:11 AM
Gilerrr seks  btul pakcik ni..sure ke org msia ni ke dpt PR or Ade ktrunan pendatang..

Nama mongin tu dh mcm nama orang jawa. Area batu pahat plak tu
Quote hokeypokey 5-9-2024 02:05 AM
Nasib baik budak tu ada bapak, bodo punya mak
Quote allshares 5-9-2024 02:13 AM
Dasar mak sundellll tkt hilang bf. Mesti dia rasa anak dia saje buat cerita sebab hingin rampas bf.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top