CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maya Karin hampir hilang nyawa sebab duyung, mujur ada Saiful Apek

4-9-2024 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36953| Komen: 27

 


Pelakon dan pelawak, Saiful Apek pernah menyelamatkan nyawa aktres Maya Karin daripada kejadian lemas sekitar 16 tahun lalu.

Disebabkan terhutang budi, Maya menyifatkan Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff bukan sahaja sebagai hero filemnya ketika itu iaitu Duyung, bahkan hero kehidupannya.

“Banyak kejadian yang saya tidak pernah dedahkan. Maya pernah tersangkut bawah jaring di tengah laut ketika penggambaran Duyung dahulu.

“Saya selamatkan dia dengan sepenuh hati dan memang agak bergelut dengan masa disebabkan keadaannya yang mengalami sesak nafas.

“Apabila dapat selamatkan, sampai sekarang Maya cakap saya bukan hero dalam filem sahaja tetapi hero dia,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang akhbar Duyung: Legenda Aurora di Wetland Studios Putrajaya, semalam.

Berkongsi lanjut, Apek menceritakan dengan lebih terperinci bagaimana dia berjaya menyelamatkan Maya daripada terperangkap di jaring di dalam laut.


“Masa itu waktu maghrib babak dia terperangkap dalam jaring. Adegan itu pula memang kena habiskan hari kejadian sebab Maya perlu pulang keesokan harinya.


“Kebetulan saya tiada babak tetapi mahu habiskan oksigen dalam tangki yang tinggal sedikit dan bermain-main di sekitar pulau.

“Apabila saya ternampak keadaan dia seperti bukan lakonan sebab dia dah berbuih dan dalam kelemasan, saya pun pergi dekat dengan dia.

“Saya cuba tarik rambut dia sebab klip di rambut palsunya terlalu banyak dan tersangkut pada jaring. Apabila boleh lepas saya tolak dia ke atas tetapi ada botol di dasar laut menghalang dia untuk ambil udara,” ujarnya.

Meskipun diibarat sebagai mimpi ngeri, Apek hairan bagaimana Maya masih lagi menerima watak duyung selepas berhadapan insiden cemas terbabit.

“Orang dekat atas memang tengah tunggu Maya tidak naik. Ada pasukan keselamatan yang tunggu di bawah tetapi memandangkan syot luas jadi mereka perlu duduk jauh dan tak nampak apa terjadi.

“Apabila sudah bawa naik ke atas, Maya jerit kuat sangat dan semua kru panik. Saya boleh anggarkan dalam lima minit juga dia berdepan situasi cemas itu.

“Kejadian ini memang buat saya dan dia trauma tetapi saya terkejut apabila dia masih terima watak ini, kalau saya dah fobia. Boleh dikatakan insiden itu macam mimpi ngeri untuk kami semua,” jelasnya.

Filem komedi romantik fantasi Duyung arahan Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen ditayangkan pada 6 Mac 2008 lalu.

Naskhah ini pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada tahun sama.

Tahun ini, KRU Studios Sdn. Bhd. mengumumkan sekuel filem tersebut iaitu Duyung: Legenda Aurora yang dijangka menemui penonton pada suku ketiga 2025. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-9-2024 09:06 PM
Hampir cash sebab berendut dengan laki orang masa tu?
Quote Orix 4-9-2024 10:16 PM
dua_chzy: Hampir cash sebab berendut den ...


Siapakahh
Quote I.K.A888990 4-9-2024 10:27 PM
oh jadi mak duyung la eh acik maya
kerlas dpt anak si annajobling
Quote hokeypokey 5-9-2024 02:23 AM
Maya dh kurus ke blum
Quote lasagna 5-9-2024 08:05 AM
timing pun tak kena, waktu maghrib kot..
scene pulak trap dlm jaring..
sib baik laa Apek perasan huhu..
macih Apek selamatkan kaka Maya.
Quote dua_chzy 5-9-2024 08:57 AM
Orix replied at 4-9-2024 02:16 PM
Siapakahh

Ex muntri yang dah jadik DJ tu. Tak silap masa ni la deol togeder2.
Quote prince_marhaen 5-9-2024 09:03 AM
ohhh ..ni dah cerita dulu kan.. pstu maya memang 24jam anxiety... asal press release je cerita pasal anxiety, gigil2...

wig duyung ni paling huduh....extention clip bersepah atas kepala, masa swimming terselak2..
movie KRU best semua, tapi bab wig semua keras kejung berkilat baru keluar plastik...macam wig beli kat sg.wang plaza, kedai cina jenny... hahaha.. nak2 movie vikingdom, merong... wardrobe fail.
Quote IzzahF 5-9-2024 09:32 AM
next duyung maya jadi apa? mak duyung plak ke?
Quote aciksenah 5-9-2024 09:35 AM
Tak habis2 dengan duyung dia tu. Tapi memang terkejut tengok maya sekarang. I tot she lagi tua dari iol2..memag nampak macam muka acik2 sangat sekarang. Erra pun nampak lagi muda. Mungkin gen mat salleh tu yang membuatkan dia nampak berumur dari umur sebenar??
Quote gideoncross 5-9-2024 11:09 AM
Sllunya friendship dri hal cmni mmg brtahan slama2 nya
Quote menjad 5-9-2024 12:26 PM
muka MK sekarang nampak sembab dan tak fresh
Quote otai_g 5-9-2024 08:40 PM
Filem Prof? Hmm Ok [em:18:]
Quote makciktijah 6-9-2024 11:00 AM
relevan lagi ke filem duyung ni? tak boleh ke KRU buat cerita yg realistik, bukan fantasi2 je? merong dulu kemain buruk wig pelakon, langsung tak nampak natural.
Quote espri6006 8-9-2024 10:10 AM
Semoga berjaya ....jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Nak filem kena buat betul2 ..kena tengok dari segi semua aspek. Penonton bukan dari zaman 70an....kita nak tengok sebuah filem yang perfect dari KRU
Quote Jikookie 8-9-2024 10:36 AM
Suka lagu dalam movie ni. Tak ingat dah tajuk apa tapi macam org indo je yg nyanyi
Quote bambimo 8-9-2024 11:09 AM
Xsangka KRU buat Duyung..ingt kan Magika 2.0..hope cast yg lama still ada cm Orix
Quote ACC106 8-9-2024 12:30 PM
Lebih suka kalau ada Magika 2
Magika tu filem favourite kids dlm family kami.
Tapi kos nak buat Magika 2 sure tinggi kan kalau kekalkan cast sama & tambah pelakon baharu ..
Quote hashashes 8-9-2024 07:15 PM
lasagna replied at 5-9-2024 08:05 AM
timing pun tak kena, waktu maghrib kot..
scene pulak trap dlm jaring..
sib baik laa Apek perasan hu ...

Tu lah, maghrib2 kat bawah laut lagi. Ermm
Quote jihah_kudat 8-9-2024 07:23 PM
ACC106 replied at 8-9-2024 04:30 AM
Lebih suka kalau ada Magika 2
Magika tu filem favourite kids dlm family kami.
Tapi kos nak buat Magi ...

kan kalo magika excited la jugak..ini duyung hmm lagi pulak dari prof last aku tengok cerita prof yg zizan dgn rita berlakon tu sumpah sampah..ni duyung tak boleh letak harapan tinggi walaupun  under kru..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035336 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top