CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pemancing jumpa gambar lelaki, wanita dalam botol

4-9-2024 07:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36090| Komen: 12

 


PETALING JAYA – Seorang pemancing terkejut apabila menemui botol mengandungi gambar lelaki dan wanita dipercayai telah disihir.

Menerusi video tular di platform TikTok, lelaki itu mendakwa botol tersebut ditemui terdampar di tepi pantai bersama sampah sarap.

“Kawan aku yang nampak dulu, bagitahu aku. Maaf aku tak berani sentuh benda ini.

“Kalau melihat daripada gambar, ini gambar daripada media sosial yang dicetak, serius aku seram dan kasihan pada mangsa,” kata pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa kesal kerana masih ada individu yang mengamalkan perkara syirik termasuk sihir.

“Kasihan pada yang terkena sihir, semoga tuan badan yang teraniaya dibantu oleh Allah SWT,” kata Puan Purple.

“Sebab itu dalam media sosial jangan letak gambar penuh. Kerja senang orang yang dengki, ingat rambut hitam tapi hati lain-lain,” kata Ahsanullah.


“Saya pernah terjumpa botol kaca ada gambar lelaki di dalamnya, saya buka dan pegang gambar lepas itu buang semula ke pantai sebab rasa tak selesa,” kata Tiera.


Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 5-9-2024 09:31 AM
Sendri boh gmbq lam botol.. Sendri wat² tjumpa lgsung tkejut sambil sebut nama auloh
Tgn wajib tgh pegang phone waktu kejadian
Quote shi_jewel 5-9-2024 11:00 AM
kenapa letak gambar dalam botol? bukan di frame?
org yg shirk tu pun satu hal gak
Quote Kitty_catz 5-9-2024 07:25 PM
naper letak gambo.. letak la anu sekali  
Quote pocongkiutss 5-9-2024 07:30 PM
Patut tunjuk je muka sapa..mcm satu kes dulu yg jumpa tu post..mmg betul2 pasangan tu dh bercerai dah pon..kesian
Quote sharlenetexas 5-9-2024 07:39 PM
Kitty_catz replied at 5-9-2024 07:25 PM
naper letak gambo.. letak la anu sekali

Anu dalam botol.

Quote dua_chzy 5-9-2024 07:41 PM
Korang ghasa, 2080 nanti, wujud lagik ke sihir?
Quote sharlenetexas 5-9-2024 07:48 PM
dua_chzy replied at 5-9-2024 07:41 PM
Korang ghasa, 2080 nanti, wujud lagik ke sihir?

Ada sampai kiamat.

Quote lanacondor 7-9-2024 01:22 AM
Kesian ye.... Harap Selamat la pasangan ni Dari sihir
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:29 AM
Syirik
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:30 AM
Moga tuan badan Cepat sembuh
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:30 AM
Moga pelaku bertaubat
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:30 AM
Takut betul zaman sekarang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.086129 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top