Beberapa hari lalu perkongsian pelakon Nur Fazura kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos. Namun, apa yang mencetuskan tanda tanya, Fazura dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak perempuannya namun tiada gambar suaminya, Fattah Amin. Terbaru, Fazura dilihat ada memuat naik petikan kata-kata petikan berkaitan sabar di Insta Story miliknya. “Sabar adalah jawapan. Jadi, sentiasalah bersabar,” kongsinya. Sementara itu, dalam perkongsian lain Fazura dilihat ada memuat naik hantaran lain mengenai hanya diri sendiri saja yang mampu menempuh setiap dugaan yang mendatang. “Kebenaran yang kurang selesa. Pada akhirnya, anda akan sedar bahawa tiada orang lain yang boleh menyelamatkan, memahami sedalam-dalamnya dan ada di sisi setiap masa. “Tiada orang lain dapat mengatasi pemikiran berat melainkan anda sendiri. Semuanya hanya anda sendiri,” kongsinya.
Turut menjadi perhatian dalam perkongsian tersebut, Fazura menyatakan cinta sejati hanyalah dengan Allah. Terdahulu, Fazura dilihat memuat naik klip persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark dan babak filem ‘Crazy Rich Asians’ memaparkan watak Astrid Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.
|
pembacagosip replied at 4-9-2024 10:32 AM
aku minat fazura
cantik
tapi dia blh x stop buat2 benda gini
Subian replied at 4-9-2024 10:50 AM
Nak cakap direct tp takut lobafa kata tak classy. Sbb tu dok quotes saja mampu. Agaknya chatgpt dia ...
haylie replied at 4-9-2024 10:56 AM
Up quotes pun tak classy chuols..Umpama acik2 fb yg slalu up kuat, redho kat story bila gaduh ngan ...
ADVERTISEMENT