PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bertuah kerana terpilih untuk menyediakan sarapan pagi buat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini. Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Khairul Aming berkata, pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat di negara berkenaan sebelum ini. Jelasnya, lapan tahun lalu dia merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai di rumah sewa. “Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya pada hantaran tersebut. Pada pertemuan itu juga, Khairul Aming memberitahu dia turut memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia kepada Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik selain daripada pelbagai kuih tradisional.
|
tukul replied at 4-9-2024 08:02 AM
Hebat... macamana dia approach nz gomen ni eh..hantar video ke profile ke eh...
Sbb muka pun jambu.. ...
tukul: Hebat... macamana dia approach ...
kemaruk replied at 3-9-2024 02:41 PM
Khairul aming ni okay ler
Muka pun muka pure melayu