CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita bersyukur dikurnia 11 anak pada usia 36 tahun, comel-comel anaknya

3-9-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42066| Komen: 39

 

JAKARTA – Seorang wanita dari Subang, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 11 orang anak pada usia 36 tahun, lapor laman berita Merdeka semalam.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita bernama Liya itu menjelaskan bahawa dia bekahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia muda.

Menurut Liya, anak sulungnya berusia 16 tahun. Ini diikuti dengan anak kedua berusia 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun, sembilan tahun, tujuh tahun, enam tahun, empat tahun, dua tahun dan yang paling kecil berusia sembilan bulan.


Tambah Liya yang kini menetap di Jordan, dia hamil hampir setiap tahun sejak berkahwin pada 2007.


“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.

“Doakan kami dapat pulang ke Indonesia dan tiada halangan,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.


“Banyak anak, murah rezeki,” kata seorang netizen.

“Zaman sekarang jarang kita mendengar orang mempunyai anak ramai. Semoga anda sekeluarga sentiasa sihat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 3-9-2024 10:29 PM
Comey comeynya!!!!.

Cam citer Pocahontas dari Brazil tu.
Quote noah8670 3-9-2024 11:21 PM
helok2 anak dia

mom tu nampak berusia mungkin sbb 11 org anak
Quote xtravaganza 3-9-2024 11:29 PM
Comel2 belaka..tp setahun sekali? [em:11:]
Quote hokeypokey 3-9-2024 11:43 PM
takpe la kalau mampu semua
Quote pocongkiutss 4-9-2024 12:43 AM
Comey2 naa..kalau mampu jaga elok takpela

Quote jazaa100 4-9-2024 12:47 AM
Laki dia muka pecah rumah....
Nasib baik ank2 ikut muka mak....
Quote becir 4-9-2024 12:51 AM
errr
Quote Carcosa 4-9-2024 02:21 AM
Yg kecik2 semua elok2 belaka
Quote Purestteam1 4-9-2024 05:06 AM
mcm² kacip dimakan ni...haha
Quote Tinot7 4-9-2024 05:40 AM
jazaa100 replied at 4-9-2024 12:47 AM
Laki dia muka pecah rumah....
Nasib baik ank2 ikut muka mak....

Anak2 takde rupa mixed ka? Muka mak nampak melayu.. anak2 rupa berdarah middle east yg cerah
Quote SalenaGomez 4-9-2024 07:07 AM
jazaa100 replied at 4-9-2024 12:47 AM
Laki dia muka pecah rumah....
Nasib baik ank2 ikut muka mak....

Laki nya xde la x hensem. Muka arab standed kot. maybe kurus sgt tapi dpt juga gen arab tu… lawa2 hensem2 anak nya (harap bkn filter)
Quote Suchi 4-9-2024 07:53 AM
Edited by Suchi at 4-9-2024 08:23 AM

Bapa org jordan ke indon?
Sbb rupa anak2 semua helok2
Ok dah tgk tt dia, anak dia yg ke 5 baru dapat lelaki maybe sbb 4 pompuan je tu yg dia terus je beranak sedar2 dh makin ramai.
Btw mudanya dia umur 13 dah jadi TKW kat Kuwait.
Quote Suchi 4-9-2024 07:56 AM
SalenaGomez replied at 4-9-2024 07:07 AM
Laki nya xde la x hensem. Muka arab standed kot. maybe kurus sgt tapi dpt juga gen arab tu… lawa2 ...

Ya kadang2 walau kawen ngn ereb or kokusen yg rupa biasa2 tp gen tu bila bercampur ngn gen nusantara elok kemenjadiannya cthnya dapat kaler mata dan warna kulit yg cantik
Kokusen walau yg rupa biasa2 tp hidung dorang masih tinggi terletak, mata coklat la biru kelabu bagai.
Quote sapeka 4-9-2024 08:02 AM
Mampu ok
Bela la sebaiknya
Quote shernazz 4-9-2024 08:04 AM
11 orang anak kau .
Tapi apa ada hal
Kalau jaga anak elok..okay jah
Ada laki kan..mesti la ngandung
Tak gitu?
Quote Cassieopeia 4-9-2024 08:12 AM
wau kagum sis, kalau xde alahan xpela sis ni xsanggup hadap alahan seksa rasanya... elok terjaga anak2 okla
Quote mejaputih 4-9-2024 08:21 AM
anak2 berkualiti dan helok2 takde hal...sbb mampu...better staty kat jordan je la...terjaga..
Quote BoongaKertas 4-9-2024 08:38 AM
dia sanggup hamil 11x, mesti husband dia sejenis bertanggungjwb and sama2 bgun malam jaga anak. anak2 dia lawa hensem.
Quote jlo 4-9-2024 08:47 AM
herlokkkk anak2 dia

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.044832 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top