CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya tunjuk muka seminit di Tasik Seksyen 7

3-9-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41289| Komen: 35

 


SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya merakam imej seekor buaya di Taman Tasik Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, imej itu dirakam pihaknya menerusi dron di sekitar tasik tersebut, kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, reptilia itu didapati timbul di permukaan air di kawasan tengah lokaliti berkenaan selama lebih seminit.


“Buaya itu kemudian tenggelam semula ke dalam tasik berkenaan sekali gus menguatkan lagi keberadaannya di tasik itu.

“Perhilitan sedang melakukan penilaian terperinci mengenai tingkah laku reptilia itu sebelum memasang perangkap untuk menangkapnya,” katanya kepada pemberita.


Tinjauan Kosmo! petang tadi mendapati tasik itu masih dikunjungi orang ramai untuk beriadah dan turut dikawal pasukan Perhilitan.

Tambah Wan Mohd. Adib, pihaknya masih berada di tasik itu bagi menjalankan pemantauan rapi ke atas buaya tersebut.

“Kami juga sudah memasang 10 kain rentang amaran kepada pengunjung termasuk mereka yang berjoging pada waktu malam.

“Selain itu, dua bot milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditempatkan di tasik berkenaan bagi membantu proses pemantauan lanjut,” ujarnya. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 3-9-2024 11:11 PM
ada yg membela dan terlepas kah?
Quote pocongkiutss 4-9-2024 12:46 AM
noah8670 replied at 3-9-2024 11:11 PM
ada yg membela dan terlepas kah?

Entah2 dilepaskan sbb dh tak mampu bg mkn
Quote Thunderclouds 4-9-2024 06:15 AM
Ohh..dh kompom hada yach..
Harapnya tadak kejadian xdiingini berlaku to those yg jogging beriadah bgai sementara nk tggu boya kne perangkap.
Quote scorpionkiki 4-9-2024 06:18 AM
Katanya ni spesis laut...macamana blh terlepas dlm tasik...
Quote serawadurian 4-9-2024 06:55 AM
kalau tengok black spots tu mungkin species Nile crocodile wicis fresh water crocodile
Quote aint 4-9-2024 07:21 AM
pty b0oya ni ngap mahkluk yg suka merendek tepi tasik malam2...

Quote Tinot7 4-9-2024 08:01 AM
serawadurian replied at 4-9-2024 06:55 AM
kalau tengok black spots tu mungkin species Nile crocodile wicis fresh water crocodile

Boya import ka?
Quote Ai_kiu 4-9-2024 08:05 AM
Sekadar meletak 10 kain rentang/banner saja?.. apesal xttp tros drpd kunjungan org awam?
Nti bila dah dpt tangkap baru la buka semula
Knowing public ramai yg takde common sense, perhilitan pon hilang common sense kah
Quote sapeka 4-9-2024 08:12 AM
Datang mana?
Bahaya
Quote shernazz 4-9-2024 08:18 AM
Kisah seminit bersama.buaya
Quote mejaputih 4-9-2024 08:34 AM
dari mana dtg buaya ini...
Quote Cassieopeia 4-9-2024 08:36 AM
ramaikn suka jogging situ bahaye la..
Quote jlo 4-9-2024 08:49 AM
aiyoooo gila la camne bole tiba ada situ
Quote serawadurian 4-9-2024 10:19 AM

nama species dia la Nile. tok nenek dia mungkin import. mungkin boya ni lahir di sini  
Quote serawadurian 4-9-2024 10:20 AM
mejaputih replied at 4-9-2024 08:34 AM
dari mana dtg buaya ini...

itulah bukan ada sungai pon mengalir ke tasik tu. yang ada cuma parit besar. jadi mungkin ada pembela yang lepaskan
Quote supernaturalee 4-9-2024 01:43 PM
klu dlm artikel smlm sebut maybe terlepas dari sungai berdekatan masa banjir sblm2 ni
so agak2nya sg mana tu yg ada boya dlm selangor ni

Quote mejaputih 4-9-2024 01:45 PM
supernaturalee replied at 4-9-2024 01:43 PM
klu dlm artikel smlm sebut maybe terlepas dari sungai berdekatan masa banjir sblm2 ni
so agak2nya sg ...

bila latest banjir area situ ye?
Quote misc 4-9-2024 02:15 PM
Hmm tunggu buaya ni kena tangkap baru gi situ. Malas kalau kena kejar buaya.
Eh buaya kejar org ke.
Quote dua_chzy 4-9-2024 02:50 PM
Boleh tak bio je boya tu bermaustatin dok situ?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.256128 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top