CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Saya minta maaf’ - Yoo Ah-in dipenjara setahun kes dadah

3-9-2024 10:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40358| Komen: 10

 


PELAKON terkenal Korea Selatan, Yoo Ah-in dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah anestetik propofol secara haram.

Yoo atau nama sebenarnya Uhm Hong-sik, 37, dituduh menggunakan propofol sebanyak 181 kali antara tahun 2020 sehingga 2022.

Berdasarkan pertuduhan, dadah tersebut diberikan klinik berlesen dengan alasan sebahagian daripada prosedur kosmetik.

Terdahulu, pendakwaraya meminta Mahkamah Daerah Seoul Tengah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pelakon drama bersiri Hellbound itu.

Dia didapati bersalah atas semua pertuduhan pembelian dadah,” kata hakim dalam keputusannya.

Mahkamah menyatakan bahawa Yoo telah melakukan kesalahan itu dengan mengabaikan peraturan berkaitan dan menunjukkan kurangnya perhatian terhadap bahan terlarang.

Seorang doktor yang memberikan propofol kepada Yoo tanpa preskripsi yang sah dikenakan denda sebanyak 40 juta won (RM129,204) bulan lalu.


Propofol, walaupun digunakan terutamanya sebagai anestetik pembedahan kadang-kadang disalahgunakan secara rekreasi, sering membabitkan profesional perubatan yang mungkin memberikannya tanpa keperluan klinikal yang sah.


Lebihan dos dadah terbabit juga disebut sebagai punca kematian bintang pop Michael Jackson pada 2009.

Saya minta maaf kerana telah menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang,” kata Yoo di mahkamah.

Yoo mula terkenal di Korea Selatan selepas debutnya pada 2003 berlakon dalam pelbagai genre drama televisyen dan filem sekali gus menjadi antara pelakon paling popular di negara itu.

Perbicaraan tersebut juga merupakan skandal dadah terbaharu yang melanda Korea Selatan.

Sementara itu, bintang K-pop G-Dragon turut menghadapi tuduhan penggunaan dadah dan disoal polis tetapi kes itu digugurkan pada November lalu kerana kekurangan bukti. 


Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 3-9-2024 10:18 PM
Aigooo. Kuromyo
Quote borrow 3-9-2024 10:40 PM
setahun tak  lama. Tp tersabit kes gini susahle nk buat comeback.
Quote Orix 3-9-2024 11:21 PM
Whyyy stress sgat ke
Quote miss_perfect 4-9-2024 07:54 AM
Teringat movie Veteran. Jahat sangat dia dalam tu. Mentang anak T20. Dalam movie tu pun dia kaki dadah jugak.
Quote nazzse 4-9-2024 08:16 AM
No wonder blakon bawa character pelik2 pun feeling betul. Kaki dadah rupanya. Dulu elok je
Quote cloud_jade 4-9-2024 10:08 AM
borrow replied at 3-9-2024 10:40 PM
setahun tak  lama. Tp tersabit kes gini susahle nk buat comeback.

Idoklah susah. Ju jihoon elok je mendunia skrg.
Quote borrow 4-9-2024 10:45 AM
cloud_jade replied at 4-9-2024 10:08 AM
Idoklah susah. Ju jihoon elok je mendunia skrg.

ye jugak. Pastu byk drama letup sampai ai terlupa heols ada kes.
Quote gangerina 4-9-2024 12:44 PM
aiyo sama anes type masa I czer....mmg syok wooo...huhuhu....
Quote Jikookie 6-9-2024 10:38 AM
Bff shk kan dia ni?
Quote hujanrindu28 15-9-2024 03:18 AM
Korea ke? Mmg org ban la pasni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042371 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top