CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM kesan penulis artikel dari Indonesia berkaitan kes pemerdagangan manusia

3-9-2024 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28686| Komen: 8

 


PUTRAJAYA: Polis sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya juga masih mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan.

“Siasatan polis adalah berkaitan pembabitan bekas Timbalan Menteri dalam dakwaan pemerdagangan orang, itu sahaja.

“Siasatan juga masih diteruskan dengan mengesan Datuk Seri yang didakwa itu serta penulis-penulis artikel termasuk dari Indonesia, yang perlu dirakam percakapan,” katanya pada Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.


Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, hanya tiga percakapan yang direkodkan pihaknya setakat ini.

Katanya, setakat ini pihaknya juga masih mengesan sama ada terdapat individu yang melarikan diri selepas dakwaan itu timbul.

“Kita juga akan membuat semakan akaun (bank) dalam meneruskan siasatan berkenaan.

Ditanya mengenai siasatan terhadap laporan pemerdagangan manusia ‘Justice For Myanmar’ yang mengaitkan dengan pelbagai individu termasuk dari Malaysia, Tan Sri Razarudin berkata pihaknya menjalankan siasatan terperinci selepas membuka kertas siasataan pada Julai lalu.

Sumber – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 3-9-2024 09:27 AM
haaa cuak ler tu.. edisi siasat bongkar2
Quote green~tea 3-9-2024 09:28 AM
Tangkap je semua indongsial tu.. datang merempat kat malaysia cari duit lepas tu buat taik
Quote nusaraya 3-9-2024 09:30 AM
Edited by nusaraya at 3-9-2024 10:14 AM

Dengan data-data yang ada ...PDRM sedang "Berburu" di dalam Zoo ....Jikapun "Siasat PDRM gagal" maka perlu dicek "Nawatu" nya .... Diduga  untuk "melindungi" orang-orang yang terlibat case pemerdagangan manusia itu .......
Quote nisako 3-9-2024 09:59 AM
siasat betul2
Quote Radzor 3-9-2024 10:24 AM
Good lick la.. jo lo pun tak nampak bayang lagi
Quote Heydidle 5-9-2024 06:12 PM
Kes ni ke yg dr mashitah terlibat tu? Sheols mastemind
Quote silance 5-9-2024 09:50 PM
"PUTRAJAYA: Polis sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri."

Kalau tak dapat kesan penulis tu adakah akan dianggap sebagai gosip semata?

Semalam Tok Sohai cakap OKG ada pegi Myanmar tapi sebab urusan Real Estate aje....
Quote B40tastePosh 5-9-2024 11:24 PM
Edited by B40tastePosh at 5-9-2024 11:25 PM

Kenapa dgn penulis artikel tu ?

Tak faham

Mesti maklumat tu dah sampai ke Europe dan USA kan...so image Malaysia tercemar....sebelum ni buat bodo je.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.113061 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top