Nama usahawan, Abang Tesla hangat diperkatakan hari ini selepas tular berita isteri keduanya telah melahirkan cahaya mata sulung. Namun, berita gembira itu telah dikongsikan seseorang dengan ayat yang kurang sedap menyebabkan isteri kedua dituduh mahu bolot harta. Terbaru, abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry berharap netizen tidak menyerang isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang masih berpantang. Katanya, segala kecaman dan kata-kata kesat haruslah dilemparkan kepada dirinya sahaja kerana dia sebenarnya yang bersalah. "Teruskan memberi kata-kata yang positif pada Kak Maj. Saya merayu untuk serang saya sahaja." Dia juga sanggup bersujud dan meminta maaf jika pernah menyakitkan hati sesiapa asalkan mental kedua-dua isterinya tidak diganggu. Terdahulu, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina menafikan dakwaan mandul dan tidak boleh memberikan zuriat. Kak Maj menunjukkan bukti alat ujian kehamilan yang positif. Namun kandungan itu tidak bertahan lama. Sumber – OhMedia |
abangadek replied at 3-9-2024 09:33 AM
Bertabahlah maj, ngko jgk yg pilih hidup bermadu
Fazzbulous replied at 3-9-2024 01:55 AM
betul la tu.. tu jln yg dia plih...patot dia blh agak da apa yg akan jd...madu dia akan dpt anak d ...
dewi_rina replied at 3-9-2024 10:17 AM
Kann, sekali anak ikut muka tesla tu.. Jongos!
ADVERTISEMENT