CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Warga Thailand Didenda RM1,000 Bekerja Sebagai Tukang Urut Di Malaysia

3-9-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29013| Komen: 8

 


Seorang ibu tunggal warga Thailand didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut. 

Samrit Halee, 48, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Menurut pertuduhan, Samrit, yang baru dua bulan berada di Malaysia, didapati bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Taman Maju pada 6 Ogos lalu, sekitar jam 11.25 malam.

Tindakan ini melanggar Akta 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, yang boleh membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dari IPD Batu Pahat menjalankan pemeriksaan di premis terbabit dan mendapati Samrit sedang melayan pelanggan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan dia menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja, yang merupakan satu kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala Samrit diwakili oleh peguam, Zulyatie Awang. Peguamnya memohon agar Samrit dikenakan denda minimum kerana perlu menanggung anak di Thailand.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dengan alternatif penjara sebulan jika denda tidak dibayar.

Sumber – OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote madknownz 3-9-2024 08:57 AM
pergh...spotlight padu..offer happy ending masyuk la...
sekali kantoi denda 1000 jek.

kat area jb ni paling banyak kedai massage thailand, vietnam........paham pahamlah....
ytjt
Quote nisako 3-9-2024 10:01 AM
wow sikit je denda
Quote L.U.S.M 3-9-2024 10:40 AM
Mcm mana nk buat aduan klu kita tahu ada kes salah guna visa pas lawatan mcm ni eh

Any ideas?
Quote ifanonline 3-9-2024 10:58 AM
servis janda lain mcm skit harganya...dier boleh libas!
Quote batmana 3-9-2024 01:03 PM
L.U.S.M replied at 3-9-2024 10:40 AM
Mcm mana nk buat aduan klu kita tahu ada kes salah guna visa pas lawatan mcm ni eh

Any ideas?

report ke email,talian rasmi bukit aman ajaklu report kt balai terdekat, kdg2 ada tikus dlm tu tk jln




Quote L.U.S.M 3-9-2024 01:09 PM
batmana replied at 3-9-2024 01:03 PM
report ke email,talian rasmi bukit aman ajaklu report kt balai terdekat, kdg2 ada tikus dlm tu tk  ...

Ada pendatang dari Iran ni dtg sini atas working visa kot..tp now gigih buat business PC kat gym plak..pakai gym xbayar plak tu..tp sorg je min dia caj 1600 utk 6session..bapak buat duit betul
Quote lanacondor 3-9-2024 08:26 PM
ifanonline: servis janda lain mcm skit har ...
setakat libas sajat lagi padu
Quote Belibis 3-9-2024 09:20 PM
L.U.S.M: Mcm mana nk buat aduan klu kit ...

Tak payah la nak jadi hero..silap2 tukang report yang kena soal siasat.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037466 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top