VLADIVOSTOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) dan merancang untuk bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, menurut Yayasan Roscongress Russia pada Isnin. "Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di EEF untuk membincangkan kerjasama ekonomi, menekankan kedudukan bebas negaranya," menurut Yayasan Roscongress, lapor Sputnik. Forum Ekonomi Timur 2024 akan diadakan dari 3 hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok. Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu. Sumber – BH |
ADVERTISEMENT