BALIK PULAU: Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini, mengambil maklum mengenai video tular memaparkan lelaki disyaki warga Bangladesh memakai baju-T tertera tulisan 'IPD Barat Daya' dan 'Polis Diraja Malaysia'. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata video itu dikesan pihaknya pada jam 1.30 tengahari tadi selepas dimuat naik pemilik akaun TikTok @muhammad.firdaus025. "T-shirt berkenaan dibuat sekitar tahun 2016 dan tujuan penggunaan baju-T ini adalah bagi aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya. "Sebarang penggunaan baju-T berkenaan tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi PDRM di daerah Barat Daya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Sehubungan itu, Kamarul Rizal menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM dan nama IPD Barat Daya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
mawardia replied at 3-9-2024 08:34 PM
Atau mungkin kah he ol ni SB yg undercover?
Assignment he ol ialah menjadi bangla. Who knows kan.
Jg ...
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:37 PM
Ada yg dari bukit aman menyamar tukang kebun kat rumah timbalan ocpd. Okt tu kena tangkap masa dia ...
mawardia replied at 3-9-2024 08:39 PM
Iyer. Biasa je tu. I've seen them in worse characters!
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:40 PM
Cer cite uols. Nak tau gak.
mawardia replied at 3-9-2024 09:00 PM
Semua mereka boleh jadi.
Kerja dlm opis, luar opis, dlm longkang, luar longkang, kutip sampah, dr ...