CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ – Sanusi

2-9-2024 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39905| Komen: 13


 


ALOR SETAR – ‘Saya hampir ditangkap tetapi Alhamdulillah saya berjaya menangkap orang yang nak menangkap saya’

Demikian kiasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika menyentuh tentang perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak State Government (SG4) di Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini.

Ucapan pada persidangan itu disiarkan secara langsung di media sosial.

Beliau kemudian bertanyakan kepada hadirin sama ada memahami kenyataannya itu sebelum tertawa.

Ketika ini, terdapat khabar angin di media sosial mengatakan Muhammad Sanusi berkahwin seorang lagi yang dikatakan seorang pegawai polis terlibat siasatan REE sebelum ini.

Turut tersebar gambar seorang wanita yang didakwa isteri kedua Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi dalam ucapan sama berharap agar SG4 itu memberi manfaat kepada negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


“Kedah kita bersedia kongsi pengalaman kita dalam sektor industri, pertanian serta galian dan mineral kerana paling popular dalam sektor REE adalah Kedah.


“Walaupun deposit tak banyak macam Terengganu dan Kelantan tetapi kerana kita cakap dulu, kita yang kena. Depa ni kaut untung sahaja, aku yang teruk,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga sudah hampir untuk menoktahkan sektor pembalakan sebagai usaha pemuliharaan alam sekitar.

“Apa yang sedang berlaku ketika ini adalah menghabiskan kelulusan-kelulusan lama yang akan mengambil masa sekitar 18 tahun untuk dihabiskan.

“Kita sebenarnya tidak ada kawasan dah nak lulus, jadi pembalakan bukan lagi keutamaan untuk dapatkan hasil. Jadi terpaksa meneroka sektor lain untuk menggantikan kehilangan hasil ekoran menoktahkan sektor pembalakan,” tambahnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 3-9-2024 04:56 PM
sanusi for PM11
Quote alesandra 3-9-2024 05:03 PM
So betul la dia kawen  dgn  pegawai polis nama intan? dia kawen tu pe'el biasa parti  lobai tapi klau terlibat dgn siasatan dah salah... conflict of interest le sundel
Quote alesandra 3-9-2024 05:06 PM
Aku nak ucapkan SG4 ni  selamat menadah kencing atok saka kt walaun je laa
Quote airfilterkotor 3-9-2024 10:07 PM
Nusi kata nak menoktahkan sektor pembalakan (Kedah) sebagai usaha pemuliharaan alam sekitar.
Pada masa sama dia sembang tentang penjarahan REE utk meningkatkan hasil ekonomi Kedah.

Kisah di atas mengingatkan aku tentang sorang menteri PAS yg  berbicara tentang betapa banyaknya simpanan rezab REE kat Kelantan sewaktu berada di majlis pengiktirafan memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan berkepentingan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.

Korang rasa²...?


Quote nolya 4-9-2024 12:55 AM
Kalau MB Sanusi nak kawen dua pun tak ada salahnya.  Dibolehkan. Tapi nikahlah dlm negara, jgn lari ke Sel Thai pulak. Tercoreng nama nanti.
Quote airfilterkotor 5-9-2024 09:56 PM
Level menteri bilamana berada dalam satu² persidangan tapi dok kias hal peribadi acah² merendah diri utk bercakap besar.
Padan la ongkata memang sejenis sembang tak tumbang.
Quote sharlenetexas 5-9-2024 10:49 PM
Amboiiiii


Quote sharlenetexas 5-9-2024 10:50 PM
Nilai galian REE di Kedah dan Sarawak dah billion trillion.


Quote B40tastePosh 5-9-2024 10:53 PM
Edited by B40tastePosh at 5-9-2024 10:55 PM

Lantak la kau nak tangkap polis woman tu

Aku pun tak pernah tingin nak cikcur ke Kedah Kalau ada banjir lumpur, tanah runtuh atau rusuhan Memali takda rasa janggal apa pun.

Cuma geram tengok dia sengih..annoying giler
Quote Tumpang-Sibok 10-9-2024 12:41 AM
gatai.... tu je lah kerja korang
Quote Kuin-Kepam 10-9-2024 08:56 AM

Quote Kiahlemau 10-9-2024 11:02 AM
Meluat haih si gemok ni...dulu miskin bini hang je yg sanggup hadap hang tu
Quote lipans 10-9-2024 03:27 PM
sebelum dia gari saya, saya gari dia dulu kekdahnya.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040802 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top