PETALING JAYA – Polis menjalankan siasatan dalaman berhubung video mendakwa dua anggotanya mengambil sogokan dari warga asing yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya terkesan video tular kejadian itu di Telegram ‘Edisi Siasat’ pada pukul 5 petang, semalam. “Paparan video berkenaan mengaitkan dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dikatakan telah menahan dan mengambil sogokan dari dua lelaki warga asing. “Satu siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengesahkan kejadian sebenar,” katanya dalam kenyataan semalam. Tambahnya, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku atau perlakuan jenayah. Terdahulu, tular di media sosial dua video memaparkan anggota polis sedang bersama dengan seorang lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan di Sungai Wei, di sini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT