CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia bakal terima agihan ubat TPOXX, vaksin mpox tak lama lagi

2-9-2024 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21897| Komen: 20

 

PUTRAJAYA – Malaysia bakal menerima segera agihan ubat Antiviral Tecovirimat (TPOXX) dan vaksin MVA-BN untuk wabak cacar monyet atau mpox melalui ‘Covid-19 ASEAN Response Fund’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ubat serta vaksin berkenaan hanya akan diberi kepada golongan sasar sahaja.

“TPOXX diguna dalam rawatan mpox, khasnya (mereka) yang mengalami jangkitan teruk atau mereka yang punya imuniti lemah.

“Pemberian vaksin MVA-BN mpox hanya diberi berdasarkan pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan,” katanya dalam hantaran di aplikasi X hari ini.

Jelasnya, setakat ini kementeriannya tidak akan melakukan vaksinasi umum kepada orang ramai.

“Vaksin MVA-BN hanya khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang disahkan,” ujarnya.

Pada 26 Ogos lalu media melaporkan, sebanyak 31 kes mpox disyaki di Malaysia dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.


Dr. Dzulkefly berkata, kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Pada 23 Julai 2022 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak mpox sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) namun, ia ditamatkan pada 11 Mei tahun lalu ekoran bilangan kes menurun.

Namun, pada 14 Ogos lalu, WHO sekali lagi mengisytiharkan mpox sebagai PHEIC untuk kali kedua. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 2-9-2024 05:22 PM
Aisehmen.....betul dah tu whistle blower kata dah masuk cargo tunggu nak distribute worldwide.

Forumer pro vaks dah booking slot ker belum?
Quote Farnor 2-9-2024 05:27 PM
Baiklah be ready sudah
Quote pengecatbintang 2-9-2024 05:50 PM
kat thread sebelah Dr Noorazman (tiktok 13, 14, 15 Sep) dah bgtau akan ada wajib bekcin m-pox

haa kan..
Quote ninja boy 2-9-2024 06:44 PM
Belum kena serang mpox berskala besar di malaysia disuruh enjit ka, 1st dipaksa sudah tentu airport hospital gov gay pelacur tukang urut hotel segala lubuk gay
Quote Belibis 2-9-2024 10:13 PM
pengecatbintang: kat thread sebelah Dr Noorazma ...

Ohhhh..indahnya...
Kalau tak,tak boleh smayang jumaat,tak boleh terawih,tak boleh posa..[em:3:]
Quote zuuu 2-9-2024 11:09 PM
Katanya xde kes baru mpox ni kat malaysia dh tu napa pulak vaksin untuk mpox dihantar kat malaysia,ke yg baru2 ni 25 kes tu ada yg positif tapi x diwar warkan...
Quote BidadariHujan 3-9-2024 01:24 AM
Calling2 for beksin lover,sila tadah bahu anda
Quote Itzy 4-9-2024 01:05 AM
Sorry, takkan ku sanggup jadi tikus makmal syarikat yahudi zionist. Rita rudaini sangat bijak tak vaksin sekali pun, patut anak2 dia pun bijak macam dia.
Quote jejaka_hensem 4-9-2024 01:46 AM
Kan dah tulis kat situ,
“Vaksin MVA-BN hanya khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang disahkan,” ujarnya.

Dah la malas nak baca artikel penuh,pastu sebar pulak berita palsu.berdosa tau tak?
tak takut ke masuk neraka kelak??
Quote jejaka_hensem 4-9-2024 01:48 AM
Itzy replied at 4-9-2024 01:05 AM
Sorry, takkan ku sanggup jadi tikus makmal syarikat yahudi zionist. Rita rudaini sangat bijak tak va ...

Jangan risau,sis tak terpilih pun jadi tikus atau segala binatang makmal,sebab
"Jelasnya, setakat ini kementeriannya tidak akan melakukan vaksinasi umum kepada orang ramai."

Cuma sis kena banyak membaca je sikit
Quote lightheaded67 4-9-2024 05:30 AM
jejaka_hensem replied at 4-9-2024 01:48 AM
Jangan risau,sis tak terpilih pun jadi tikus atau segala binatang makmal,sebab
"Jelasnya, setakat ...

aiol rasa ummah trauma pngalaman kobid dan beksin kobid hritu je kot
Quote Tinot7 4-9-2024 05:36 AM
Maknanya semua petugas kesihatan kena amik la?
Yg tak amik tu tak payah pi keje ka camne?
Quote jejaka_hensem 4-9-2024 01:16 PM
lightheaded67 replied at 4-9-2024 05:30 AM
aiol rasa ummah trauma pngalaman kobid dan beksin kobid hritu je kot

Lebih kepada nak timbulkan persepsi je dorang ni,seronok tengok lain hidup dlm ketakutan.
Terang2 tulis dlm tu,utk mereka yg berisiko,bukan utk semua orang
Quote kakikuDibibirmu 4-9-2024 01:20 PM
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi ke mana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN
Quote mimiloma 4-9-2024 02:18 PM
jejaka_hensem replied at 4-9-2024 01:46 AM
Kan dah tulis kat situ,
“Vaksin MVA-BN hanya khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas  ...

Sokong. Dah lah malas membaca lps tu membabi buta buat conclusion.
Quote mimiloma 4-9-2024 02:19 PM
lightheaded67 replied at 4-9-2024 05:30 AM
aiol rasa ummah trauma pngalaman kobid dan beksin kobid hritu je kot

Tak ada trauma lah...yg penting fitnah dulu kebenaran kemudian kira.
Quote lightheaded67 4-9-2024 02:51 PM
mimiloma replied at 4-9-2024 02:19 PM
Tak ada trauma lah...yg penting fitnah dulu kebenaran kemudian kira.

kan masa zaman kobid dan vaksin kobid, cakap deme tu kontradik. kejap ckp ni, kejap ckp gitu.
Quote lightheaded67 4-9-2024 02:52 PM
jejaka_hensem replied at 4-9-2024 01:16 PM
Lebih kepada nak timbulkan persepsi je dorang ni,seronok tengok lain hidup dlm ketakutan.
Terang2  ...

mmg la betol tulis mcm tu. tp takleh nafi mmg wujud je golongan yg tak/taknak pegang kata kata deme dah, itu maksod meolzzzzzzz
Quote tompie 4-9-2024 03:06 PM
Mpox ni tak infectious sangat kot, sebab bukan airborne.
Dia kena direct contact

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037735 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top