CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Saman Hotel Selepas Alat Sulit Disengat Kala Jengking - “Rasanya Seperti Pisau Tajam Atau Kaca Menikam Diri Saya”

2-9-2024 07:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29214| Komen: 14

 


LAS VEGAS, Nevada – Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa kehidupannya ‘musnah’ selepas alat sulitnya disengat seekor kala jengking ketika menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku apabila Michael Farchi, 62, bersama isterinya menginap di The Venetian Resort pada 25 Disember tahun lalu. 

Menurut Farchi, dia bangun dalam kesakitan dan menyedari bahawa tangan serta celah pahanya disengat oleh serangga itu. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh peguam pasangan tersebut menunjukkan bangkai kala jengking yang masih melekat pada seluar dalam Farchi. 

“Rasanya seperti pisau tajam atau kaca menikam diri saya,” katanya. 

Pasangan itu memfailkan tuntutan pada Selasa lalu, di mana Farchi mendakwa kejadian ngeri tersebut menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan mati pucuk.


Isterinya juga berkata bahawa hubungan intim mereka semakin terjejas. 

“Kakitangan hotel tidak mengambil serius tentang sengatan itu. Mereka hanya memegang paha saya dan ketawa mengenainya. Ia benar-benar memalukan,” kata Farchi. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-9-2024 07:49 AM
Sampai mati pucuk kau..
Nmg selayaknya lah kena saman..
Quote fanaz82 2-9-2024 08:26 AM
aah, memang patut kau saman. tak pasal2 mati pucuk
Quote nisako 2-9-2024 09:08 AM
siannye.........
Quote Purestteam1 2-9-2024 09:25 AM
apakah akan menjadi scorpion king?  
Quote ifanonline 2-9-2024 09:26 AM
mcm citer spiderman, kadang2 apabila di sengat binatang, kote akan menjadi lebih power
Quote madknownz 2-9-2024 09:31 AM
jangan-jangan memang dah mati pucuk...sengaja ambil kesempatan. lawyer sana memang pandai makan komisen bila ade loop hole saman macam ni. dah 62 dah..isteri dia pon dan dan cakap hubungan intim kami terjejas. hahahaha
Quote midori888 2-9-2024 09:43 AM
Umur dah 62...ingatkan muda lagi
Quote syamzana 2-9-2024 09:50 AM
uishhhh...sakitnya.
kakak iols kene gigit dek lipan hitam pun meraung2 semalaman tggu pagi nak p spital jenuh iols takleh tido. ms ni zaman 80an, klinik takde 24hrs, spital plak kat town nun.
Quote KamikuP 2-9-2024 10:49 AM
Mcm mana kala jengking tu bole chk in dlm seluaq dalam en Frachi?
Quote swateng1 2-9-2024 11:19 AM
KamikuP: Mcm mana kala jengking tu bole chk in dlm seluaq dalam en Frachi?


maybe dia sidaai kot. sbb adik iols pernah kena sengat lipan kat lutut sbb lipan tu masuk dlm seluar dia kat ampaian boarding school masa tu. lipan kecik je tp sakit nak mampos

Quote plywood 2-9-2024 11:28 AM
ifanonline replied at 2-9-2024 09:26 AM
mcm citer spiderman, kadang2 apabila di sengat binatang, kote akan menjadi lebih power


Quote netto_ 2-9-2024 11:41 AM
Kalu aku pon saman. Siap mati pucuk dah member.
Quote Supersirap 2-9-2024 12:18 PM
Sangat berbahaya haiwan berbisa ini
Quote manop 8-9-2024 10:34 AM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040412 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top