CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Asap Bakar Sampah Tepi Rumah, Dua Lelaki Maut Motosikal Bertembung

2-9-2024 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30060| Komen: 26

 


KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, Muhammad Shafiq Mat Dam, 28, dan Ismail Awang, 70-an, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas masing-masing mengalami kecederaan parah.

Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Nor, 59, berkata, kejadian berlaku ketika Ismail menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli roti di sebuah kedai di kampung itu.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang warga emas itu kemudian dilihat bertembung dengan motosikal Muhammad Shafiq yang datang dari arah bertentangan.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi polis selepas melihat kedua-dua dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Nor memberitahu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Pendek dan Kampung Kota, di sini disahkan meninggal dunian di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas Muhammad Shafiq mengelak asap tebal hasil pembakaran sampah berhampiran rumah penduduk sebelum bertembung dengan motosikal Ismail yang datang dari arah bertentangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 2-9-2024 08:41 AM
takziah pada keluarga mangsa
Quote BoongaKertas 2-9-2024 09:00 AM
Allahu. awat buat pembakaran terbuka. dihantui sesal ke tak org yg buat open fire tu?
Quote nisako 2-9-2024 09:09 AM
sianye............takziah
Quote prettyuglybabe 2-9-2024 10:41 AM
asap bakar sampah tu seteruk asap orang bakar bendang ke?
entah napa i susah sikit nak percaya orang muda bawak motor ni..
nak nak kawasan kampung..
Quote any42 2-9-2024 10:49 AM
Dua2 mninggal kuat ke planggaran tu. Ingatkn salah sorang je. Jiran bakar ape smpai asap bkepul ganggu pnglihatan pngguna jln. xtidur mlm la jiran tu.
salam takziah Al-Fatihah
Quote Prickford 2-9-2024 10:54 AM
prettyuglybabe replied at 2-9-2024 02:41 AM
asap bakar sampah tu seteruk asap orang bakar bendang ke?
entah napa i susah sikit nak percaya orang ...

Video yg iolls tengok, rasa mcm takdelah mcm jerebu. Bagi iolls la. Kalau budak tu slow down & stay dekat lane yg sama, idok ler bertembung dgn atok tu. Budak tu pon bwk moto laju sampai lajak agak jauh jugak lah ke lane sebelah.
Tapi yg bakar sampah ponnn...betul2 tepi jalan. Angin tiup...siuuu mmg asap dok kat jalanraya tu.


Quote KamikuP 2-9-2024 10:56 AM
Meolls syak wasangka yg motor tu dibawak laju. Kalau bawak 20km sejam tak kan eksiden sampai maut - kataku syak wangka lagi
Quote Prickford 2-9-2024 10:58 AM
prettyuglybabe replied at 2-9-2024 02:41 AM
asap bakar sampah tu seteruk asap orang bakar bendang ke?
entah napa i susah sikit nak percaya orang ...

Asap gitu ha. Tapi lajaknya jauh sangat sbb bawak moto laju.

KG.jpeg




Quote prettyuglybabe 2-9-2024 11:02 AM
Prickford replied at 2-9-2024 10:54 AM
Video yg iolls tengok, rasa mcm takdelah mcm jerebu. Bagi iolls la. Kalau budak tu slow down & sta ...

dah agak dah budak tu bawak motor macam mana..
asap bakar sampah tebal mana je kalau takat selonggok..
kalau korang pernah lalu belah utara masa dorang bakar sawah lagi teruk..
langsung tak nampak apa..
berapa ramai dah eksiden masa tengah bakar tu..
i bukan sokong tindakan bakar sampah ye..
cumanya benda boleh elak kalau budak tu bawak motor slow kat kawasan kampung..
kesian pakcik balik beli roti tu..
Quote prettyuglybabe 2-9-2024 11:04 AM
Prickford replied at 2-9-2024 10:58 AM
Asap gitu ha. Tapi lajaknya jauh sangat sbb bawak moto laju.

ye ye i tekan play

Quote Prickford 2-9-2024 11:10 AM

Ampoonnn...mampu screen shot je, video tu dekat komen telegram.

Quote liyamariska 2-9-2024 02:33 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote jejaka_hensem 2-9-2024 03:09 PM
"Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut "
Kalau ikut ayat tu,ada 3 orang la kan yg terlibat?
-cikgu bahasa tolong komen jap,iols is blur kejap baca ayat tu
Quote Jikookie 2-9-2024 03:39 PM
Bukan dah lama ke diharamkan pembakaran terbuka ni? Kesian dua2 mangsa. Tak pasal2 meninggal. Mesti kuat sangat kot berlanggar sampai dua2 mati. Yg membakar tu mesti dihantui rasa bersalah seumur hidup
Quote supernaturalee 2-9-2024 04:25 PM
dh kenapa asap pun nk elak
redah je lah
plus asap biasa naik ke atas
harus dr jauh dh nampak
so, ape patut buat?
slow down lah

ni tidak...
Quote TeropongThaico 2-9-2024 05:12 PM
Innalillahiwainailahirojiun
Quote stania83 2-9-2024 05:24 PM
tengok cctv bukan sbb asap..motor tu terlajak kereta keluar simpang melulu
Quote imanjannah 2-9-2024 05:26 PM
innalillahwainnalillahirojiun..
Quote snowflakes 2-9-2024 07:33 PM
Sebab laju juga... kalo bawa slow mungkin selamat.. sudah tertulis ajalnya... takziah buat keluarga mangsa

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048783 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top