CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paralimpik Paris: Eddy, Pelari pecut 100 meter sumbang pingat pertama Malaysia

2-9-2024 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28221| Komen: 21

 


KUALA LUMPUR – Kontinjen negara menuai pingat pertama pada Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi pelari pecut, Eddy Bernard yang meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki T44.

Pada aksi final yang berlangsung di Stade de France, Paris awal pagi tadi, atlet berusia 23 tahun itu memulakan saingan dengan cukup baik sebelum kehilangan momentum dan menamatkan saingan menerusi catatan masa 11.58 saat (s).

Lebih menarik, dia yang melakukan penampilan pada temasya sukan terbesar dunia itu turut meleburkan rekod Asia 11.75s milik atlet Sri Lanka, Indika Gamage yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun Mei lalu.

Dalam pada itu, pingat emas menjadi milik atlet Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo yang melakukan catatan terbaik musim ini 11.12s manakala perak dimenangi Yamel Vives dari Cuba dengan 11.20s.

Sebagai rekod, catatan 11.58s yang dilakukan Eddy itu sekali gus menjadi catatan peribadi terbaik (PB), memadam catatan 11.77s ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024.


Pingat gangsa yang dimenangi pelari kelahiran Sabah itu menyaksikan Malaysia berada dalam carta kutipan pingat dengan menduduki tangga ke-60 keseluruhan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 2-9-2024 08:28 AM
Congrats Eddy

Semoga Cheah menang gold badminton malam ni .

Kalaulah Faris menang tadi dah confirm Malaysia sapu gold & silver. Mudahan ada rezeki Faris menang bronze
Quote fanaz82 2-9-2024 08:42 AM
tahniah eddy
Quote hakakkepochi8 2-9-2024 09:06 AM
Tahniah Eddy! Terima kasih krn mengharumkn nama Malaysia.
Quote nisako 2-9-2024 09:11 AM
tahniah   
Quote zehra2 2-9-2024 09:20 AM
tahniah eddy
Quote Purestteam1 2-9-2024 09:23 AM
tahniah... terbaik
Quote KamikuP 2-9-2024 12:16 PM
tAHNIAH Eddy good job. Adakah atlit para juga dpt habuan sama mcm atlit normal yg dijanjikan?
Quote Supersirap 2-9-2024 12:19 PM
Tahniah saudara Eddy
Quote ekselen 2-9-2024 03:13 PM
kat tv takde pun siaran live ke.. pdhal prospek pingat mmg byk kat atlit sukan para.. kalo yg olimpik kemain tunjuk berkoyan2 channel.. pelik nape xde channel paralimpik ni..
Quote ekselen 2-9-2024 03:15 PM
gerbera.memopad replied at 2-9-2024 08:28 AM
Congrats Eddy

Semoga Cheah menang gold badminton malam ni .

tu lah..mengharap malaysia naik podium 1-2 tp xdok rezeki fareez.. iols baca sbb mungkin kepenatan hadap group stage..
Quote nusaraya 2-9-2024 03:54 PM
Edited by nusaraya at 2-9-2024 03:55 PM

Tampaknya Mas Eddy ini adalah Sabahan ... bukan Melayu ....yang mendapat 1  pingat Gangsa ...Sedangkan sebelumnya 2 pingat Gangsa didapatkan oleh atlet sukan badminton berbangsa China Malaysia ...

Sekarang .. Bila nak atlet sukan berbangsa melayu ikut menyumbangkan pingat bagi negaranya di olimpik Paris ini ?
Quote sranua 2-9-2024 04:04 PM
Ape la bongok ko ni....nama pun Malaysian...bukan kira dia Melayu ke hape.
Quote any42 2-9-2024 04:20 PM
Wah tahniah2
Quote supernaturalee 2-9-2024 05:19 PM
tahniah dek
kipidap gold utk LA28 plk



Quote imanjannah 2-9-2024 05:29 PM
wahhh alhamdulillah.. tahniah
Quote MsIda 2-9-2024 06:22 PM
Tahniah dik.. mengharumkan nama malaysia. U are the besst !!!
Quote alesandra 2-9-2024 07:03 PM
Paralimpik klau menang emas dapat jugak  ke 1 juta?
Quote Nurdianah 2-9-2024 08:08 PM
Congrats dekk
Quote ahlisihircute 2-9-2024 08:15 PM
Tahniah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063782 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top