CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Nampak Lebih Ceria, Kongsi Foto Bekerja Dengan Imej Baru Berambut Pendek

30-8-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47030| Komen: 99

 


Di kala perkahwinan di ambang perpisahan, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sempat memuat naik hantaran terbaharu di Instagram miliknya, pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memuat naik beberapa foto memperlihatkan dia dalam sebuah bilik bersama beberapa individu.

Foto tersebut memberi gambaran Syamsul dan semua individu tersebut sedang berbincang untuk projek terbaharu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi foto dirinya mengenakan baju kemeja bercorak petak berona hijau sambil mengukir senyuman di bibir.

Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan ‘selamat kembali’ kepada Syamsul beserta emoji api.

Malah, tidak kurang yang memuji imej terkini Syamsul yang berambut pendek kelihatan lebih tampan dan kemas.

Terdahulu, Syamsul dan isteri, Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka dan terpaksa ditangguh kepada 25 September depan.


Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber – OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 30-8-2024 11:11 PM
Mohon jgn ade lagi prmpuan trlibt dgn sol... Danger species
Quote edayildiz 30-8-2024 11:14 PM
aah perempuan perempuan diluar sana take note
Quote PULANGKAN 30-8-2024 11:15 PM
Isninselasarabu replied at 30-8-2024 11:11 PM
Mohon jgn ade lagi prmpuan trlibt dgn sol... Danger species

too late. Iols dapat detect menggunakan deria ke-7, segerombolan acik-acik delulu dah otw nak cop tempat
Quote Carcosa 30-8-2024 11:23 PM
Sapa lepas ni sebelum bersenggama dgn Sol, suruh dia tunjuk result STD test dulu. Geli doh bekas celupan Ira Kahak De Ratu Gelek.
Quote lazim 30-8-2024 11:24 PM
Sebijik muka syaikul
Quote cempakaa 30-8-2024 11:27 PM
Awas la gegadis
Quote minahgempal 30-8-2024 11:33 PM
i rase dia dgn ppuan yg rambut kerinting2 tu..yg jual kereta tu...sapa nth nma..diaorg mmg nmpk sesuai dan sejiwa..kalau btol la..
Quote Nenolen 30-8-2024 11:35 PM
tetap kaka boikot pilem ko…
Quote Jikookie 30-8-2024 11:46 PM
Nampak normal macam dulu2 balik bila berambut pendek ni. Kalau tak serabutnya mata tgk style heols yg ntah apa2 tu
Quote tulip-rain-2 30-8-2024 11:48 PM
Lelaki toksik kesayangan lelaki2 di malaysia.
Quote CurangLagi 31-8-2024 12:01 AM
Herlok sol. Semoga dijauhi penyakit
Quote pocongkiutss 31-8-2024 12:29 AM
Isninselasarabu replied at 30-8-2024 11:11 PM
Mohon jgn ade lagi prmpuan trlibt dgn sol... Danger species

Daishit pun ada yg sudi..inikan lg solident

Jantan camni dia tak perlu cari pun.. perempuan yg menadah kt dia..fefeeling boleh ubah bad boy..puiii
Quote asma87 31-8-2024 12:32 AM
I cadangkan Sarah Yasmin aka Sarah anime masuk line please sbb I nampak Sarah anime ada like status baru sol,,,xdapat aliff Aziz, dapat sol pon ok. Boleh Sarah anime berlawan psiko dgn faghirah
Quote anakkerengga 31-8-2024 12:34 AM
Bila dah nak tayang filem baru ni kenala bw imej bersih, kalau tak susah la nak juta2 box office kan..
Quote _blackbird 31-8-2024 12:59 AM
Nampak hensem lak samdol dlm gambar tu, sebelum ni kepam huk aloh
Quote NuansaBiru 31-8-2024 01:18 AM
Selamat datang ke kelab duda 2x atau lebih

Presiden: Kumbre
Timbalan presiden: Jujei lombok
Setiausaha: Boned
Quote MissVixen 31-8-2024 02:33 AM
Cerai sebab nak keluarkan filem baru?
Quote Farnor 31-8-2024 02:37 AM
asma87 replied at 31-8-2024 12:32 AM
I cadangkan Sarah Yasmin aka Sarah anime masuk line please  sbb I nampak Sarah anime ada like stat ...

Hahahahahahaa. Hari2 menghadap muko cino opera.seram tawww. Baik pilih jando lain kat luar tu.
Quote Farnor 31-8-2024 02:38 AM
Curly larik jauh2. Cari more hansem.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.109803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top