Pelakon Puteri Sarah Liyana menerima permohonan maaf daripada bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan yang dibuat wanita itu kepadanya di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur. Memetik Harian Metro, permohonan maaf Wiwi kepada Puteri Sarah dibuat secara terbuka di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak seperti yang sudah dipersetujui kedua belah pihak. Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abd Kadir berkata, perbicaraan kes saman tidak diteruskan selepas perbincangan antara kedua belah pihak untuk diselesaikan secara baik di luar mahkamah. Menurutnya lagi, apa yang paling penting adalah defendan mendapat pengajaran, menyesal dan tahu sudah membuat salah serta menarik semua dakwaan yang pernah dibuatnya sebelum ini. “Kita terima tawaran mereka (peguam defendan) untuk selesai secara baik sebab dia (Wiwi Darvinda) ada rasa kesal dan anak guam saya pun okay saja walaupun ganti rugi yang kita minta tidak diteruskan.
“Kes pun sudah diselesaikan secara baik. Kalau bicara dan seterusnya, memang kita tuntutlah. Tapi, dia (Wiwi Darvinda) pun dah insaf dan sedia nak tarik balik semua dakwaan pernah dibuatnya sebelum ini. “Malah, dia juga akan muatnaik draf permohonan maaf yang kita sudah sediakan itu di Instagram miliknya (Wiwi Darvinda) selama tujuh hari bermula hari ini. Kita pun setuju dan boleh ‘move on’, katanya. Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
sharlenetexas replied at 31-8-2024 12:00 AM
Berapa banyak thread isi yg sama ni?
ADVERTISEMENT