MELAKA – Pasangan yang dijatuhkan hukuman penjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) yang didakwa mereka demi menanggung kos rawatan dialisis ibu adalah tidak benar. Perkara itu didedahkan dan dijelaskan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang membuat semakan dan mendapati status pesalah wanita adalah isteri orang, manakala pesalah lelaki adalah kekasihnya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu telah disahkan oleh Skuad Agihan Zakat cawangan Merlimau bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ke rumah pesalah lelaki semalam. “Skuad kita telah ke rumah pesalah lelaki di Kampung Berangan Enam dan mendapati ibunya hanya menghidap kencing manis dan pesalah wanita bukanlah ahli keluarga tersebut.
“Pesalah wanita masih berstatus isteri orang, manakala suami sahnya merupakan penerima aktif bantuan MAIM bagi Bantuan Makanan Kecemasan (one-off), Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Saraan Anak Sekolah dan juga Bantuan Pakaian Sekolah berjumlah RM940 sejak 2018 hingga sekarang,” jelasnya. Tambahnya, hasil soal siasat suami pesalah wanita memberitahu, isterinya itu telah melarikan diri dari rumah untuk bersama kekasihnya iaitu pesalah lelaki. Rahmad berkata sehingga Julai ini, penerima Bantuan Makanan Bulanan MAIM adalah seramai 7869 orang iaitu asnaf fakir seramai 140 orang dan asnaf miskin seramai 7,729 orang. “MAIM memperuntukan RM1.6 juta sebulan, manakala dari 1Januari hingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan RM13 juta untuk bantuan ini sahaja. “Buat masa ini, seramai 240 asnaf yang menerima bantuan dialisis MAIM dan sehingga Julai 2024, MAIM telah membelanjakan wang zakat berjumlah RM480,000 untuk membiayai bantuan rawatan dialisis,” katanya. Semalam Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri dipenjara 28 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencuri 19 peket milo 2 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Julai lalu. Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Nor Azam Bakar, 34 dan Noor Azura Rosslan, 38, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan tindakan anak guamnya itu demi mencari wang untuk menampung kos rawatan dialisis ibu kepada Mohamad Nor Azam. Laporan media berhubung kes tersebut bagaimanapun mendapat perhatian warganet yang mempersoalkan peranan MAIM dalam membantu golongan memerlukan, malah ada pihak yang sanggup membayar denda bagi pasangan terbabit kerana rasa simpati. Sumber – KOSMO |
tatus pesalah wanita adalah isteri orang, manakala pesalah lelaki adalah kekasihnya
imransulaiman: Hello! Hello! Calling for Ali ...
imransulaiman: Hello! Hello! Calling for Ali ...
imransulaiman replied at 30-8-2024 04:57 PM
Hello! Hello! Calling for Ali Pukeh!
elnor_81 replied at 31-8-2024 01:37 PM
Why?why? Makcik bawang mode detected [em:3:]
ADVERTISEMENT