CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Alhamdulillah, dah selesai satu beban" – Puteri Sarah lega kes saman ‘settle’ cara baik

30-8-2024 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44240| Komen: 0

 


“Alhamdulillah dah selesai satu beban.”

Demikian komen pelakon Puteri Sarah yang meluahkan rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazweena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bagaimanapun terpaksa hadir ke mahkamah semula selepas memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira yang akan berlangsung kelak.

“Alhamdulillah, dah selesai satu beban dan seperti sedia maklum, saya ada satu lagi kes di mahkamah.

“Yang penting adalah kita nak selesaikan kes ini sama ada dengan cara baik ke atau nak teruskan ke apa.

“Namun, apa yang penting kes ini dah selesai,” katanya kepada Kosmo! Online Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur sebentar tadi.


Sepanjang kes berlangsung, pelakon drama filem Memburu itu hanya berkomunikasi menerusi peguam tanpa berurusan secara langsung.

“Dia tak ada pun berhubung dengan saya secara peribadi untuk menyatakan permohonan maaf sebab kami berhubung hanya melalui peguam sahaja,” ujarnya.

Hari ini, Sarah menerima permohonan maaf dibuat bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan, di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada hari ini.

Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwie mengakui kekesalannya yang memuat naik hantaran berbaur tohmahan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.

Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini serta membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 yang merangkumi keseluruhan kos guaman.

Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama. 


Sumber – KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.162569 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top