CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaunter kosong rupanya kaunter Air Kelantan: JPA tegur laporan Harakahdaily

30-8-2024 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4714| Komen: 31|Original author: Abahmung

 
 


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegur lidah rasmi PAS kerana menjadikan hantaran gambar yang tidak tepat sebagai laporan berita berkaitan isu ketiadaan kakitangan di kaunter kerajaan pada waktu bekerja.

Teguran itu dibuat oleh pengendali (admin) laman Facebook JPA yang memberi komen pada perkongsian berita berkenaan di Facebook Harakahdaily, hari ini.

"Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia. JPA berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh inginkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan.

"Namun begitu, mohon kerjasama untuk menggunakan gambar yang betul dan mutakhir agar tidak merosakkan nama kementerian dan jabatan terbabit," kata JPA.

Harakahdaily dalam laporan itu memetik seorang pengguna Facebook yang berkongsi gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya.

Harakahdaily memetik komen pengguna media sosial yang memberi respon terhadap gambar kaunter perkongsian Bakar itu.

Loading FB Post...

"Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter," lapor Harakahdaily memetik komen berkenaan.

JPA kemudiannya menjelaskan gambar yang asalnya dimuat naik di halaman Facebook “B40 buat perangai apa hari ini” itu merupakan gambar  kaunter syarikat air milik kerajaan negeri, Air Kelantan.

JPA juga mengundang pengguna itu membuat aduan dengan gambar terkini.

“Kami sedia membantu, bukti yang kukuh diperlukan untuk tindakan," kata JPA.
 
Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 29-8-2024 01:49 PM
Ayoyoyo
Maluuu
Quote Buritan 29-8-2024 01:53 PM
shernazz replied at 29-8-2024 01:49 PM
Ayoyoyo
Maluuu

Ujung ujung negeri sskjp..
Quote shernazz 29-8-2024 06:23 PM
Buritan replied at 29-8-2024 01:53 PM
Ujung ujung negeri sskjp..

Khens
Tepuk air kat dulang lah kiranya
Quote Apoo 30-8-2024 03:01 AM
shernazz replied at 29-8-2024 06:23 PM
Khens
Tepuk air kat dulang lah kiranya

Ini bukan setakat terpercik ke muka sendiri dah. Ini dah level membasahkan diri sendiri. Lobai lobai. Perangai hudoh sungguh.
Quote pokokmeranti 30-8-2024 08:32 AM
siapa yg berani memalukan pemerintahan negeri serambi mekah???
Quote Kitty_catz 30-8-2024 08:37 AM
lahhhhhhhhhhhhhh baru masuk berita ke?

ytjt le nokksssss

Quote manop 30-8-2024 09:11 AM

Quote tripleid 30-8-2024 09:35 AM
Edited by tripleid at 30-8-2024 10:34 AM

ni lah akibat hari2 dok jaja fitnah..ujong2 makan diri


[youtube]hURn7BJ2krE[/youtube]
Quote Samerosie 30-8-2024 09:38 AM
Harakah tu sendiri tak tengok ke kat wall tu tulis air kelantan?  Atau  x cakna hal kes ni dah pernah viral kat socmed?
Quote jejarihalus 30-8-2024 09:48 AM
boooooo rasakan kaki fitnah
Quote airfilterkotor 30-8-2024 10:05 AM
Samerosie replied at 30-8-2024 09:38 AM
Harakah tu sendiri tak tengok ke kat wall tu tulis air kelantan?  Atau  x cakna hal kes ni dah perna ...

Hantaran dlm pesbuk tu, tulisan air kelantam diblurrrkan. So, Harakah baca.... dan serkap jarang konon nak tunjuk staff di bawah pentadbiran PMX banyak curi tulang.

Harap dah boleh sediakan tin melo utk kutipan dana, manatau Air Kelantam nak press charges Harakah ka.
Quote yenil95 30-8-2024 10:07 AM
P** penunggang dan fitnah berpisah tiada.
Quote mayaHD 30-8-2024 10:42 AM
adakah org DAP bekerja dalam HARAKAH, ini cubaan sabotaj
Quote becir 30-8-2024 11:00 AM
mmg guna gambar ni ke..terang2 logo air kelantan  kat belakang tu..editor pun tak buat keje agaknya
Quote Kuin-Kepam 30-8-2024 11:42 AM
Anak saper lah yg theyols upah jd pengarang tu. Trainee ke?
Quote sapeka 30-8-2024 11:46 AM
Cuba tepek gambar yang paling latest ye pun
Ni p google
Quote imanjannah 30-8-2024 12:24 PM
apoo.. dah biasa buat fitnah dulu minta maaf kemudian.. apa punya perangai la
Quote shernazz 30-8-2024 02:47 PM
Apoo replied at 30-8-2024 03:01 AM
Ini bukan setakat terpercik ke muka sendiri dah. Ini dah level membasahkan diri sendiri. Lobai lob ...

Lencun habis kan..
Adoi...
Kutuk punya kutuk
Dalam kain sundri rupanya..
Quote zizu-ja 30-8-2024 03:30 PM
Kah kah kah..bodo punya pas. Aku mmg dh geram lama dgn air kelantan ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042256 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top