CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendakwah selebriti, Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol lima tahun lalu

30-8-2024 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 104833| Komen: 1315|Original author: Prickford


 

Shah Alam: Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
 
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.
Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu kemudian memeluk wanita itu.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

  

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaza_lina 30-8-2024 11:56 AM
Shah Alam: Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.
Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.
Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.


Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu kemudian memeluk wanita
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.





Quote nurul_akmar 30-8-2024 11:58 AM
Edited by nurul_akmar at 30-8-2024 12:07 PM

10 tahun n 3 sebatan? Siannya anak dia... anak baru 16 hari.. huhuhu
Quote Fazzbulous 30-8-2024 11:59 AM
huhuhu...sblum ni ckp pitenah..si usrah UA bkn bekap mamat ni ke?
Quote sunshinelady 30-8-2024 11:59 AM
whoaaaaa twist of an event.

aku cuma kesian kat baby tu. harap dah besar jadi anak berguna n selamat dunia akhirat.
Quote galleria23 30-8-2024 11:59 AM
nurul_akmar replied at 30-8-2024 11:58 AM
10 tahun n 3 sebatan? Siannya.. anak baru 16 hari.. huhuhu

Kenapa nak kena kesian dengan dia. Dia rogol anak orang kot. Anak dia cuma hilang bapak kejap jek. 10 tahun lagi apak dia keluar lah.
Quote makihamis 30-8-2024 12:00 PM
awal beno pulak masuk.. bukan ritu dah tarik kes ke mcm mana haritu?
Quote Guess_who 30-8-2024 12:00 PM
Edited by Guess_who at 30-8-2024 12:16 PM

Alhamdulillah akhirnya nasib si mangsa terbela... Kesian kat baby dpt bapak rapist tp kena fikirkan jgk perasaan bapak si mangsa.mangsa pun seorang anak jgk. Tapi if hukuman bermula dr tarikh bicara, 8thn je la dlm penjara.bkn lama pun..silap2 keluar lg awal dr tu sbb kelakuan baik & tolak cuti silap2 5thn je..know2 jelah undang2 malaysia nih. Harap lps ni si dewa sayu pulak ke dalam.haruslah penjilat ckp pitenah.xkoser
Quote hasniey 30-8-2024 12:00 PM
Wahhh xsangka.igtkan aritu dah lepas tu dah setel dah.mangsa mesti lega kan
Quote Princess_Archer 30-8-2024 12:00 PM
Jangan percaya hat acah kopiah atas kepala tp angkut perempuan.. kalau betul2 alim jumpa perempuan berdua pon dia x nak..
Quote Kancilkering 30-8-2024 12:01 PM
akhir nye semua penunggang agama masuk jail kalu x polis sprm …merasa lah gelang besi
Quote markonahlah 30-8-2024 12:01 PM
Mesti ada bukti kukuh sbb tu kena 10 tahun..x perlu kesian kan dia
Quote Fly_over 30-8-2024 12:01 PM
wowwww! iols ingatkan kes ni xde harapan.. tahniah kepada mangsa nasib terbela lepas kena maki dgn pentaksub wukong penonggeng agama
Quote petai011212 30-8-2024 12:02 PM
Maksudnya betullah dia merogol
Quote Hoshhi 30-8-2024 12:02 PM
Padan muka kau...pompuan tu pun padan muka... dengan rapist pun kau nak
Quote Geeayden 30-8-2024 12:02 PM
Drama LMT pun ada dia, nasib la x minat nak tengok..LMT pun x trending rasanya..dptlah hukuman kat dunia..
Quote I.K.A888990 30-8-2024 12:04 PM
lah ingatkan masuk tv berlakon tu selesai dah la kes sbb tak follow kan
PADAN MUKA KAU
kan ke dulu mak dia kemain bekap hanat ni
ke salah org?
Quote pokokmeranti 30-8-2024 12:04 PM
kesian anak yg masih kecil....
Quote Hoshhi 30-8-2024 12:05 PM
Padan muka kau....lagi lagi yang perempuan tu... dengan rapist pun kau nak
Quote edayildiz 30-8-2024 12:06 PM
Edited by edayildiz at 30-8-2024 12:09 PM

bukan pitenah ke
smlm i tertengok deyols laki bini live....
hana tu dh tahu laki tu dlm kes lg nk jgk kawen..hadap la.i ingt kes dia dh tamat aritu..

Lihat semua komen(1315)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.312881 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top