CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Raptai Sambutan Hari Kebangsaan : "Kau Akan Terkenal Satu Putrajaya Dik"

30-8-2024 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28002| Komen: 33



PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak berlari di tengah-tengah Dataran Putrajaya ketika sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi sebuah rakaman yang tular di TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat memasuki ruang perbarisan dipercayai terlepas daripada jagaan ibu bapanya.

Kanak-kanak itu kemudiannya ‘diselamatkan’ oleh dua anggota yang menyertai raptai terbabit sebelum dipulangkan semula kepada penjaganya.

“Anak siapa ini terlepas waktu raptai penuh perbarisan Merdeka?

“Adik ini terlepas masa tengah nyanyi lagu Negaraku, semua tengah berdiri tegak. Jadinya, lepas habis nyanyi baru kejar nak dapatkan dia, tu yang jauh ke depan dah dia lari,” tulis kapsyen hantaran video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan selain ada yang menasihati ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka semasa raptai atau majlis berlangsung.



“Kenangan ni. Anak aku pun kalau terlepas dia punya larian macam lipas terbang,” kata Yanna.

“Aku ingat dalam stadium saja ada. Sekali hari perbarisan pun ada juga, kau memang terkenal nanti dik,” kata Tarmizi.

“Kanak-kanak aktif begini memang ‘struggle’ sikit nak kawal. Macam anak saya, macam kecil kalau pergi ‘mall’ jejak ke lantai, berdesup dia lari. Mak ayah dia berpeluh kejar,” kata Norliyana.

“Harap ibu bapa lebih peka, bukan apa kalau anak hilang satu hal pula nak cari dengan ribuan pengunjung datang,” kata Lynn.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali.


Sumber – KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-8-2024 11:14 AM
benda ni tak kelakar.bahaya dan menyusahkan org lain.lagu negaraku pun ko kena kejar jugak.
Quote swimswim 30-8-2024 12:43 PM
Budak kecik mmg pantang nampak kawasan luas
Quote talapia 30-8-2024 01:06 PM
mak bapak budak ni tak perasan ke anak dia terlepas? Dah siap merayap jauh tu..
Quote zuuu 30-8-2024 01:10 PM
Nasib jadi waktu raptai,kalo jadi masa perbarisan xke naya,xpasal2 pulak semua org kena cari budak ni...parents tolong lebih berhati2...
Quote prettyuglybabe 30-8-2024 02:02 PM
mak bapak pemalas bodoh duduk rumah je la..
tengah ramai pun boleh lepa anak macam tu kat rumah entah macam mana la..
Quote elnor_81 30-8-2024 02:04 PM
Dh tau anak buas..pakaikan la.harness...mslh org melayu kita ni..ckp kita jdkan anak mcm haiwan ble pakaikan harness.
Quote kotakbaju 30-8-2024 02:18 PM
talapia replied at 30-8-2024 01:06 PM
mak bapak budak ni tak perasan ke anak dia terlepas? Dah siap merayap jauh tu..

Itu la iols tengok jauh betul budak tu berlari. Sebab dok tengok abam askar tu dukung budak tu otw nak bagi ke mak apaknya tak sampai2 lagi sampai abeh video.
Quote green~tea 30-8-2024 02:20 PM
Mak pak dia rasa lawak ke bende gini jadi?


Dasar culas perati anak
Quote MarryPottet 30-8-2024 02:32 PM
Jauh jugak dia terlepas
Satu kerja pulak orang lain nak kena kejar & jalan jauh utk pulangkan kat makpak dia yg takdak akal tu
Eloknya budak tu jgn sreah kat makpak dia terus
Tapi pi hantar kat pondok polis biar polis jerkah dia seround & dakwa makpak atas kelalaian sebab bayangkan kalau masa tu ada jentera berat atau kereta kebal tengah berarak & budak ni tetiba terpa masuk, dah jadi tragedi pulak
Quote noor2 30-8-2024 02:34 PM
X kelakar nampak sgt mak ayah lalai
Quote daim_toblerone 30-8-2024 02:37 PM
tu la tu..mmg tak nmpk lawak kejadian ni..
tapi knp ramai yg ketawekn seolah2 nmpk mcm comel perangai budak ni..
pelik aku
Quote tungkai 30-8-2024 02:46 PM
Kalau budak tu kena culik, satu hal plak pulis kena kerah utk carik.

So penggunaan tali pengikat mcm ikat anjing tu bagus utk situation camni. Dulu kemain org kecam.
Quote shida81 30-8-2024 03:01 PM
Tempat crowded mcm tu mk pak lepas je ke...kang jatuh longkang ke.. Hilang ke.. Kan da susah kan org.. Mata tu tgk2 la kan ank.. Jgn hilang dr pandangan.... Ak nk kata mk2 muda pn x blh sbb mk2 bayar ak pun sama je
Quote KamikuP 30-8-2024 03:13 PM
Mak bapak jenis bifoti yg raSA INI KELAKAR NAMATEY
Quote bbalik 30-8-2024 03:21 PM
kalu kena pijak ngn kuda baru tau
Quote talapia 30-8-2024 03:51 PM
kotakbaju replied at 30-8-2024 02:18 PM
Itu la iols tengok jauh betul budak tu berlari. Sebab dok tengok abam askar tu dukung budak tu otw ...

itula..
kot ye pon terlepas tangan ke kan.. takkan la tak perasan anak dah langkau pagar..
dah tu anak dah berlari2 dekat kawasan pameran tu.. takkan tak perasan.. dah budak tu sorang2 aje kan..
pegi ajela bapaknya lintas tangkap anaknya sebelum jauh.
ini agaknya dok panggil2 aje.. idoknya la budak tu layan.
bajet kelakar insiden gini..


Quote blekkep 30-8-2024 04:36 PM
Chuolssss budak ni bkn makpak yg bawak tp cikgu2 taska kat bangunan gomen tu..camne ntah cikgu bleh terlepas sorg budak ni..bahaya betul..
Quote MarryPottet 30-8-2024 04:38 PM
Edited by MarryPottet at 30-8-2024 04:55 PM

Ada kejadian kepala budak tersangkut kat jeriji penghadang jugak weiii
Astaga
Macam2 kepelikkang
Screenshot_20240830-163455.jpg
Quote che-cikL 30-8-2024 06:01 PM
Mesti mak pak jahit phone kat tangan nak record report repost check in segala baik. Sebab tu tak pegang tangan anak tu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top