PETALING JAYA – Seorang pemuda berusia 19 tahun menjadi bualan netizen selepas tular di media sosial tangkap layar perbualan WhatsApp dia bersama seorang jurujual kereta bertanyakan mengenai pinjaman penuh untuk membeli kenderaan. Menarik perhatian apabila dia yang baru memiliki gaji sekitar RM1,100 sebulan mahu membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50. Menerusi maklumat yang diberikan kepada jurujual, pemuda itu bekerja dalam sektor swasta dan belum pernah membuat sebarang pinjaman sebelum ini. Pada awalnya, dia bercadang mahu membeli Proton X70, namun merasakan bayaran bulanan kenderaan itu terlalu tinggi dan menukarkan kepada X50. Bagaimanapun, jurujual terbabit cuba menasihatinya agar memilih jenis kereta lain memandangkan bayaran bulanan SUV itu melebihi gaji bulanannya. “Ramai budak-budak nak kereta ‘ada-ada’. Kebanyakan umur 17 hingga 21 tahun nak kereta Proton X50, Honda Civic, Yoyota Vios dan Honda City. Minta beli Produa Axia, Proton Saga tak minat katanya. Cabaran betul generasi sekarang,” kata jurujual itu. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan rata-ratanya menegur sikap segelintir anak muda yang sanggup jatuh miskin semata-mata mahu memiliki kereta mewah. “Suruh dia pergi buat lesen dulu. Lesen pun dah dekat RM1,500,” seloroh @a.a.b.k. “Orang muda sekarang suka bersaing kereta siapa lagi hebat. Sedangkan gaji baru RM2,000. Setiap bulan banyak duit kereta mahal, sangkup ikat perut tak puj mnta duit mak ayah untuk belanja lain,” kata Jefryy. “Biar papa, asal bergaya. Sesuai la sangat dengan situasi ini. Tapi apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri,” pesan Syakila. – KOSMO! ONLINE Sumber : kosmo
|
AkokKocik replied at 29-8-2024 07:13 PM
Bli je kat mudah.my tu...jgn ckp kereta 2nd, org xkan tau.
Thunderclouds replied at 30-8-2024 07:41 AM
Sebulan sekali up cita yg sama.
Motipppp??????
Kuin-Kepam replied at 29-8-2024 11:57 PM
Selamat makan biskut kering tengah bulan dekkk. Kereta tu commitment tau.. Semoga nyenyak tido mlm : ...
Kuin-Kepam replied at 29-8-2024 11:57 PM
Selamat makan biskut kering tengah bulan dekkk. Kereta tu commitment tau.. Semoga nyenyak tido mlm : ...