CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi lelaki dalam beg plastik ditinggalkan di atas sofa dekat surau Nilai 3

29-8-2024 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35714| Komen: 32

 


NILAI: Seorang bayi lelaki yang dianggarkan baru berusia dua minggu, ditemui orang awam di atas sofa sebuah surau dekat Nilai 3 di sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Difahamkan, bayi yang diselimuti kain dan diletakkan di dalam beg plastik berwarna merah itu berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata bayi itu dipercayai ditinggalkan seorang individu yang tidak dikenali ketika waktu Maghrib sebelum beredar.

"Kira-kira jam 8.15 malam tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai dihubungi seorang lelaki memaklumkan menjumpai seorang bayi lelaki dalam keadaan berselimut kain dalam sebuah surau di daerah Nilai.

"Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai seorang individu yang belum dikenalpasti identitinya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek dikatakan meletakkan bayi lelaki terbabit di atas sofa surau ketika waktu maghrib dan beredar dari surau dengan menaiki sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenis atau modelnya.


Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Nilai di talian 06-790 4389," ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 29-8-2024 04:09 PM
dh 2 minggu baby tu.. mak terpaksa buang sebab desakan hidup agaknya..
Quote Thunderclouds 29-8-2024 04:20 PM
Cctv dh murah leni.
Invest ler sikit.. Xyah wiring ponn..
Senang nk carik mak/pak budaknye.
Patu wajib name & shame.
Baru org takut nk wat taik mcm ni.
Ngesek mau, kluar budak ko buang.
Xyah sembang kita xtau apa masalah pelaku.
Under no circumstances org buang bayi cm buang sampah kekdahnye.
Quote azimodin 29-8-2024 04:26 PM
Nilai 3 ni banyak sangat rumah kedai yang kosong. Dah jadi sarang pendatang asing, xtau la documented atau tak. Memang malam2 aku x berani la nak drive area nilai 3 tu. Tapi aku tak faham, masih banyak projek rumah kedai baru nak naik kat nilai 3 ni.
Aku syak baby ni pon anak pendatang asing.
Quote 8Queen8 29-8-2024 04:44 PM
Kasihan baby, nasib di letak di surau bukan dalam tong sampah.
Quote 3chanceno 29-8-2024 04:55 PM
Kesian baby..kiranya mak baby muslim lah pasal tinggalkan kat surau..mungkin makpak tak tinggal situ, ronda2 tempat lain cari spot yg kurang orang.

Quote tahanie 29-8-2024 10:42 PM
Takde birth cert = stateless child kan?
Quote emera 29-8-2024 10:49 PM
Xde dokumen.. naya laaa budak tu nnt. Stateless laa jwbnye.
Quote airmineral 30-8-2024 12:26 AM
Kesian kat baby
Yg parent kenapa lah ko mcmtu kt budak tu..
Quote hujanrindu28 30-8-2024 02:54 AM
kesiannya baby tu
Quote clueless_gamer 30-8-2024 04:24 AM
aku tak pernah setuju kalau korang ni nak buang bayi camni.. tp sekurangnya ibu dia ada niat nak anak dia selamat..

sbb diletak dkt tempat ramai org mcm ni.. biasa mcm ni jantan tu dah lari, gegirl tu je kena hadap bersalin berpantang sorang nanti..

korang kalau dah tak nak anak tu, letak lah kat orphancare babyhatch.. jangan lupa letak kertas nota, rantai ke.. bagi nama dan letak tarikh lahir, sekurangnya dia tau umur dia berapa tahun nanti dan ada juga identiti sendiri.. kalau nak cari balik nanti pun tak susah dah.. lagi elok letak juga nama mak ayah walaupun nama pendek

https://orphancare.org.my/baby-hatch/
Quote batmana 30-8-2024 05:58 AM
Camne surau tu bole ada sofa..surau jadi lubuk tempat buang brg ka?
Quote orkid_amani 30-8-2024 06:32 AM
Kalau tinggai ank tanpa sebarang document ni susah masa depan budak tu nti. Boleh sekolah rendah takat darjah6 jaa la.. mujuq la ni xdak upsr..tidak xzm tu pun xboleh ambik.bila dah cukup umoq 12y xdak document ni bukan takat xboleh sambung sek.menengah, nk ambik lesen memandu pun susah. Tolong laa pikiaq masa depan ank yg ditinggaikan. Kes ni jadi kat kg aii..xtau sapa letak baby depan rumah..tuan rumah ambik bela tp xboleh daftar kelahiran sebab xdak document. Setakat darjah6 jaa la budak tu belajaq..sygnya budak pandai sudahnya la ni umoq 14y parent ajar buat kerja bendang & berkebun. Yg sedihnya la ni dah 19tahun xdak lesen,xdak acc bank, p mana2 naik beskat ja. Handsome budaknya. Tp aii mmg tabik kat budak tu..dy mmg tabah..buat bendang jadi..tanam nyork elok berbuah..semua transaction dlm cash ja.
Quote azimodin 30-8-2024 07:22 AM
batmana: Camne surau tu bole ada sofa.. ...

Surau nilai 3 ni bukan surau yg biasa2 kita tengok kat taman perumahan tu. Ni surau kat rumah kedai kalau x silap. Surau orang pakistan yg meniaga kat nilai 3 selalu berkumpul.
Quote azimodin 30-8-2024 07:25 AM
orkid_amani replied at 30-8-2024 06:32 AM
Kalau tinggai ank tanpa sebarang document ni susah masa depan budak tu nti. Boleh sekolah rendah tak ...

Aku pon terfikir benda yang sama. Ada orang fikir "at least masih hidup". Tapi fikir panjang malang nasib anak2 xde dokumen ni. Yg ada dokumen pon struggle nak bersaing belajar & cari kerja. Yg xde dokumen ni susah nak ambik exam, nak ambik lesen, nak register perniagaan. Disebabkan kebodohan mak bapak, anak2 ni yg jadi mangsa.
Quote Cassieopeia 30-8-2024 08:43 AM
erm mungkin mam pak xde id kot tp tahla moga baik2 utk baby ni
Quote PULANGKAN 30-8-2024 08:45 AM
orkid_amani replied at 30-8-2024 06:32 AM
Kalau tinggai ank tanpa sebarang document ni susah masa depan budak tu nti. Boleh sekolah rendah tak ...

dulu kat tempat lama kitorang pun ada satu kes camni. masa tu Iols sekolah lagi la. abang tu dah la hensem gila, fit, maskulin, kerja rajin walaupun hidup susah. nak kahwin tak dapat-dapat. semua tak dapat restu mak ayah pihak perempuan. sebab tak tau asal-usul heolslepas kitorang pindah, tak tau kesudahan beliau. sekarang dah tua la kut. kesian sebatang kara
Quote xtinkerbellx 30-8-2024 08:59 AM
Semoga baby ni dipermudahkan jalan hidup
Quote orkid_amani 30-8-2024 09:03 AM
azimodin replied at 30-8-2024 07:25 AM
Aku pon terfikir benda yang sama. Ada orang fikir "at least masih hidup". Tapi fikir panjang malan ...

Kan..aii sblm ni ingatkan semua ank angkat boleh didaftarkan..rupanya kena ada document dari pihak ibu baru boleh didaftarkan kelahiran. Itu nasib baik laa budak yg org kg aii jaga pak dia tokey buat bendang..ambik upah tractor bendang & ada tanah sendiri.tp tuu laa tanah bendang & kebun nyork yg budak tu usahakan xboleh tukaq p nama dia..makpak dia pun dah tua. Xtau laa mcmna. Dah la belah family depa ada history berebut tanah.
Quote orkid_amani 30-8-2024 09:10 AM
PULANGKAN replied at 30-8-2024 08:45 AM
dulu kat tempat lama kitorang pun ada satu kes camni. masa tu Iols sekolah lagi la. abang tu dah l ...

Mmg kesian kn kalau budak yg pandai ada rupa tp xdak masa depan sbb kesilapan mak mcm ni. Nk kerja kilang pun kena ada SPM skg ni. Lesen moto kereta nk bukak acc bank kena ada ic..JPN kena war2kan la kat mak2 yg mengandung luar nikah ni kena daftar kelahiran sblm p buang ank. Ada document kelahiran-buku pink @ surat pengesahan kelahiran putih(pengesahan kelahiran dari spital) pun dah boleh p daftar. La ni beranak kat rumah pun kena sahkan kelahiran baru boleh p daftar kelahiran

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.168385 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top