CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli politik, suami disyaki terlibat pemerdagangan manusia sudah beri keterangan polis

29-8-2024 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28322| Komen: 65

 


KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses tersebut dijalankan pada Julai lalu selepas artikel pertama berkait perkara tersebut dilaporkan.

Menurutnya, susulan itu, siasatan terus dilakukan dan proses tersebut masih berjalan ketika ini.

“Selain itu, kita akan mendapat artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan (Myanmar).

“Polis juga sedang mencari saksi bagi membantu siasatan berkait dengan kes terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.


Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan wanita itu pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri. 

Sumber – KOSMO! ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-8-2024 03:23 PM
eee sapa tu..org pas ke....
Quote Ciktiekus 29-8-2024 03:33 PM
Edited by Ciktiekus at 29-8-2024 03:35 PM

Knp.. kelantan xde ameno ke  
Quote AJENALI 29-8-2024 03:49 PM
Siapakah? Perlu ke rahsia?
Quote Buritan 29-8-2024 03:59 PM
Edited by Buritan at 29-8-2024 04:05 PM

[quote]AJENALI replied at 29-8-2024 03:49 PM
Siapakah? Perlu ke rahsia?[/colo

Td baca mcmmmmmm
Quote B40tastePosh 29-8-2024 04:00 PM
Ciktiekus replied at 29-8-2024 03:33 PM
Knp.. kelantan xde ameno ke

Siapa lagi kalau yg suruh perempuan janda melacur untuk membesarkan anak2?

Uols rasa siapa yg pernah berkata begitu?
Quote B40tastePosh 29-8-2024 04:04 PM
Edited by B40tastePosh at 29-8-2024 04:06 PM
Buritan replied at 29-8-2024 03:59 PM
Baca td kata meshitah


Jual janda ke camne uols?

Buaya cakap zaman sekarang ramai janda...tak boleh beli vellfire ...kena beli bas nak angkut jande.

1724918589825.jpg
Quote jejaka_hensem 29-8-2024 04:11 PM
B40tastePosh replied at 29-8-2024 04:00 PM
Siapa lagi kalau yg suruh perempuan janda melacur untuk membesarkan anak2?

Uols rasa siapa yg per ...

Betul ke sheols sis?
Quote hokeypokey 29-8-2024 04:11 PM
ahli politik pompuan, sape?????
Quote Buritan 29-8-2024 04:12 PM
Mana artikel setepek beso gambo heshe td . Ujung ujung dahh yilekk plk

Quote Kitty_catz 29-8-2024 04:17 PM
dekat edisi siasat gaiss... kome masuk aje le tele edisi siasat tu

nama ex jagong pun kena petik.. kome baca sendiri lah.. kang tak memasal berangkut laptop bagai
Quote tompie 29-8-2024 04:19 PM
mcmana dia boleh terlibat pelik betul..
Yang tuduh dia orang Myanmar kan, polis ke CID kat sana ..
dengan terang2 keluar nama dia dan gambo dia dengan geng2 tu..

Tapi yang aku tak paham penglibatan diorang ..
Ini kes cyber slavery yang gile kejam kat segitiga sempadan myanmar / Thailand dengan negara mana lagi tu..

Aku takleh hadam mcmana dia boleh terlibat.. pelik betul..
Kalau dia petik nama buahkana aku tak pelik la.. mmg ada connection kat Malaysia dengan datuk scam tu..
Quote Thunderclouds 29-8-2024 04:34 PM
Kitty_catz replied at 29-8-2024 04:17 PM
dekat edisi siasat gaiss... kome masuk aje le tele edisi siasat tu

nama ex jagong pun kena petik..  ...

Kecoh sat ja tuu..
Nnt senyap² kamboihhh..
Xpon xcukop evidence..
Loyar xnk pursue utk pendakwaan
Wayang ja suma nehhhh
Ostard kazim senyum sinis jahhhh
Quote B40tastePosh 29-8-2024 05:26 PM
Thunderclouds replied at 29-8-2024 04:34 PM
Kecoh sat ja tuu..
Nnt senyap² kamboihhh..
Xpon xcukop evidence..


Mahkamah Malaysia level2 perbicaraan atas pokok.

Wild Wild West.
Quote Firenzza 29-8-2024 05:28 PM
B40tastePosh replied at 29-8-2024 04:00 PM
Siapa lagi kalau yg suruh perempuan janda melacur untuk membesarkan anak2?

Uols rasa siapa yg per ...

Ustajah gaduh dgn jiran tu ke?
Quote B40tastePosh 29-8-2024 05:32 PM
Firenzza replied at 29-8-2024 05:28 PM
Ustajah gaduh dgn jiran tu ke?

Haah gaduh pasal Rumput Mutiara Pearl Harbour Bedah.
Quote silance 29-8-2024 05:55 PM
Dah dapat kesan Sejak awal 2020. 2024 dah nak abis baru tangkap. Berapa juta dah kaut?
Quote TeropongThaico 29-8-2024 06:08 PM
Makin advance yer utajah ni
Dr penceramah ke ahlil politic ke pedagang...
Tak leh hadam camne sheol sedasat yinnih
Quote TeropongThaico 29-8-2024 06:08 PM
B40tastePosh replied at 29-8-2024 04:04 PM
Jual janda ke camne uols?

Buaya cakap zaman sekarang ramai janda...tak boleh beli vellfire . ...

Quote Ciktiekus 29-8-2024 06:49 PM
B40tastePosh replied at 29-8-2024 04:00 PM
Siapa lagi kalau yg suruh perempuan janda melacur untuk membesarkan anak2?

Uols rasa siapa yg per ...

Kan i tanya tu..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.066568 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top