PETALING JAYA – Kemunculan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertubuh sasa dalam perbarisan raptai penuh sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pagi tadi menarik tumpuan ramai sehingga beberapa rakaman video memaparkan aksi mereka tular di media sosial. Kelihatan wira jalan itu segak memakai seluar uniform serta baju T tertera logo JPJ serta Malaysia Madani selain terdapat tulisan “Jiwa Merdeka 67”. Dalam pada itu, ada yang berseloroh mengatakan anggota JPJ terlibat mampu mengalahkan ‘abang sado’ daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kali ini. Pada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 lalu, pengunjung yang hadir di sekitar Dataran Putrajaya bersorak kuat apabila jentera bomba berarak melintasi mereka. Paling mencuri tumpuan tentunya aksi anggota bomba yang membawa sepanduk pick-up line tertera ayat “Api memang panas tapi anda semua penyejuknya”.
Satu lagi sepanduk ditulis dengan ayat “Sayang kamu ketat-ketat” sekali gus membuatkan pengunjung di dataran itu menjerit kegembiraan. Bagaimanapun, sambutan ke-67 yang bakal berlangsung Sabtu ini selama dua jam akan memperlihatkan persembahan acara perbarisan dan perarakan bertemakan “Jiwa Merdeka”. Antara acara lain yang bakal memeriahkan suasana adalah penampilan 25 pancaragam, 479 aset ketenteraan dan pertunjukan udara melibatkan kira-kira 17,000 peserta daripada 59 kontinjen. Sumber – KOSMO! ONLINE |
penmerah replied at 29-8-2024 06:24 PM
Bole la tapi aummm lagi laki aku
Ehhhh tiberrrr
PULANGKAN replied at 29-8-2024 05:35 PM
aim Iols, 2 je
sama ada abam bomba, ataupun abam komando