|
PETALING JAYA – Tular video di Thread yang memaparkan empat orang lelaki mencuri dua buah motosikal jenis Y15ZR di belakang sebuah restoran di Kuching, Sarawak. Video yang dikongikan oleh abdrhmnrzali_ memaparkan empat orang lelaki membonceng dua buah motosikal berhenti di kawasan belakang sebuah restoran. Kemudian, dua daripada mereka berpura-pura kencing dan apabila melihat tiada sesiapa di situ mereka pantas melarikan dua buah motosikal yang parkir di kawasan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata geram dengan tindakan pencuri itu dan berharap mereka mendapat hukuman setimpal. “Sepatutnya hukuman mencuri ni lebih berat dari mengambil dadah, sebab menyusahkan hidup orang lain,” kata shuk hernandezz “Hukuman mencuri ni harap minimum lima sebatan la paling kurang, biar hidup lebih indah,” kata nick_asta
“Mereka dah perhatikan lama ni. Geramnya tengok, kalau dapat makan tak habis kena bantai,” tulis ahwan8157. Sumber – KOSMO! ONLINE |
hokeypokey replied at 29-8-2024 12:54 PM
kencing dulu sebelum mencuri


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.089596 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.