CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelam Ranjau, Laskar Kelas (LK) I Arman San hilang di dasar laut sebelum ditemui maut

28-8-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35140| Komen: 40


 


KOTA TINGGI – Penyelam Ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), Laskar Kelas (LK) I Arman San Hermansa dilaporkan hilang di dasar laut sebelum ditemui maut ketika melakukan operasi savraj KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, di sini.

Difahamkan, mangsa, Arman San, 28, memulakan selaman pertama bersama seorang lagi rakan sepasukan kira-kira pukul 10.09 pagi hari ini.

Menurut sumber, semasa melakukan selaman kedua, kedua-dua penyelam untuk melakukan operasi ketenteraan bagi menjalankan siasatan punca kapal perang jenis Pembinasa Laju milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu karam.

“Ketika timbul di permukaan laut kira-kira pukul 11.29 pagi, rakan sepasukannya memaklumkan Arman San hilang di dasar laut sebelum operasi mencari mangsa digerakkan.

“Mangsa ditemui kira-kira pukul 12.55 tengah hari sebelum dibawa naik dan pasukan perubatan memberikan bantuan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.05 tengah hari,” katanya.


Sementara itu, Markas TLDM mengesahkan kejadian itu selain memaklumkan mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Allahyarham Arman San akan diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Kampung Sapagaya, Lahad Datu, Sabah sejurus proses bedah siasat selesai.

KD Pendekar yang telah berkhidmat selama 21 tahun itu tenggelam kira-kira pukul 12 tengah hari, Ahad lalu di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 28-8-2024 10:55 PM
Sedihnya muda lagi..Salam takziah buat keluarga mangsa..
Quote missnina 28-8-2024 11:24 PM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Takziah kepada ahli keluarga
Quote sapeka 28-8-2024 11:31 PM
Muda lagi arwahnya
Salam takziah untuk keluarga
Quote mawardia 28-8-2024 11:34 PM
Sedihnya...
Dah la nak dekat Hari Merdeka ni.

My deepest condolences to his family.

Thank you for your service
Quote Manjahati 28-8-2024 11:51 PM
Innalillah n takziah utk fmly arwah..
Quote any42 28-8-2024 11:54 PM
Sedihnya. Salam takziah. Meninggal bbakti utk negara
Quote Orix 29-8-2024 12:39 AM
What could go wrong ? Tank habis oxygen ? Otot kejang tiba2 ? Seram pulak iols nk pi diving
Quote vespa_oren 29-8-2024 07:31 AM
Penyelam ranjau nie geng PASKAL
Quote zehra2 29-8-2024 07:46 AM
kerja itu satu ibadah. salam takziah kpd ahli keluarga. Alfatihah.
Quote nysha 29-8-2024 07:52 AM
2024 tahun duka utk tldm
Quote _kelly 29-8-2024 07:52 AM
savraj

wartawan kosmo takde buat proof read ke sebelum release artikel..patutnya operasi salvaj as in salvage..pape pon innalillah pada arwah
Quote IzzahF 29-8-2024 08:00 AM
Takziah buat keluarga allayarham...sedihnya
Quote rbmy 29-8-2024 08:38 AM
kesiannya.. lain yg tenggelam. lain yg meninggal...
Quote rbmy 29-8-2024 08:38 AM
_kelly replied at 29-8-2024 07:52 AM
savraj

wartawan kosmo takde buat proof read ke sebelum release artikel..patutnya operasi salvaj as  ...

membahasa melayukan la ni kot...tp dlm kamus takde maksud
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salvaj




Quote s@s@ 29-8-2024 08:47 AM
takziah..... al-fatihah
Quote imanjannah 29-8-2024 08:55 AM
innalillahwainnalillhirojiun.. moga Allah mengampunkan segala dosa2nya
Quote pooh~key 29-8-2024 08:56 AM
Sebab handsome maka akak jua turut rasa sedih sissy.
Quote maricruzestrada 29-8-2024 08:59 AM
Innalillah n takziah utk fmly arwah..
Quote Ai_kiu 29-8-2024 09:02 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun... alfatihah..
Terima kasih atas jasamu.
Dah la nk lulus kursus penyelam ni susah yakmat.
Sedihnya...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top