Pelakon Jenna Ortega akhirnya membuka mulut menjawab khabar angin dirinya sedang hangat bercinta dengan aktor kontroversi, Johny Depp. Aktres jelita yang berusia 21 tahun itu menepis khabar angin tersebut dan percaya bahawa dakwaan itu mungkin tercetus selepas dia dan Johny, 61 dikhabarkan terbabit dalam filem Beetlejuice. "Ia mengarut sehingga saya sendiri tak boleh nak ketawa. Saya tak pernah bekerjasama dengan Johny. Tolong jangan sebarkan fitnah dan jangan ganggu kami." Sementara itu, jurucakap Depp turut tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Jenna. Malah mereka berdua juga tidak pernah bertemu.
"Dia tidak pernah jumpa atau bercakap dengannya. Dia tidak terbabit sebarang projek dengannya atau ada niat itu." "Dia terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin memfitnah itu yang bertujuan mencalar reputasi serta karier pelakon terbabit." Sumber: USA Today, Oh Bulan |
jula7 replied at 29-8-2024 10:04 AM
jenna bukan lesby ke..kan tuari ada ngakuu
alesandra replied at 29-8-2024 11:09 AM
Abam joni kan dating russian model ke hapa? tapi baya2 anak dia lily rose lahh
apedehal replied at 3-9-2024 02:52 PM
Iols geli betul dgn lily rose tu..napentah
lolipopmanish replied at 2-9-2024 04:12 PM
Lah yeke??
PatUtla dlm video klip sabrina carpenter dorg duk comolot
ADVERTISEMENT