CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Luar Biasa! Netizen Kagum Dengan ‘Jungle Girl’, Meski ‘Setup’ Sederhana Tapi Keuntungan Cecah RM1 Juta Seminggu

28-8-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46720| Komen: 135

 

Bagi mereka yang aktif di TikTok, nama Jungle Girl bukanlah nama yang asing kerana produk minyak herba yang dipromosikan ketika ‘live’ sering mendapat sambutan ramai.

Wanita Orang Asli dari Suku Jahut bernama Nur Rafidah Man merupakan individu di sebalik akaun @Jungle Girl yang kini mempunyai lebih 64.4 ribu pengikut.

Ramai terpukau selepas seorang pengguna X berkongsikan jumlah keuntungan diraih Rafidah hanya dengan berjualan di ‘live’ TikTok.

Menerusi gambar dikongsikan, Rafidah telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1.04 juta selepas 29.72 ribu produknya terjual di TikTok dan ia dicapai hanya dalam tempoh seminggu sahaja!


Difahamkan, dua botol minyak tersebut dijual pada harga RM35 namun bagi mereka yang sempat sertai siaran langsung akan berpeluang membeli dengan harga RM15 bagi dua botol tersebut.

Menurut Rafidah, minyak herba hutan tersebut memberikan banyak manfaat seperti sakit lutut, kebas, terseliuh, lenguh, senggugut, migraine dan macam-macam lagi.

Dalam pada itu, minyak berkenaan turut mendapat pelbagai reviu positif daripada pembeli yang telah menggunakannya dan memperakui keberkesanannya.

"Terbaik minyak ni, sembuh sakit kaki dengan izinNya. Boleh beli minyak ni, takkan rugi dan takkan menyesal."

 

Ramai netizen berasa kagum dengan pencapaian @Jungle Girl meskipun hanya dengan ‘setup’ siaran langsung yang sederhana berlatar belakangkan bilik kosong atau di beranda rumah sahaja.

Dalam pada itu, segelintir individu berharap agar wanita berusia 26 tahun tersebut tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak demi meraih keuntungan tersebut.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 28-8-2024 03:17 PM
Acik F dalam ni ada yg dah pernah guna minyak ni? Mohon bagi testimoni.
Quote ibu_haritz 28-8-2024 03:20 PM
Iols xdok tiktok..meh kasi review sikit kot sape2 yg pernah masuk live dia..
Quote fattymah 28-8-2024 03:33 PM
Org yg sama ke gambo atas bawah?
Quote dua_chzy 28-8-2024 03:36 PM
Ah ye.

Pehtu duit cepat ja habis.

Sebab tak reti guna dengan baik.

Btw, ai is skeptikal.
Quote edayildiz 28-8-2024 03:39 PM
mohon review..i ada tgk jgk ramai dk ckp bgs..tp utk apa ek? sakit sendi urat kn...blh la pakai time period..lenguh bahagian kaki kalau time period
Quote cattiecute 28-8-2024 03:40 PM
citenye jual banyak2 minyak tu
ada ke mass production nak buat nok?
ke kerah tenaga adik beradik dia semua buat tapi mesti letih nak complete order kan
Quote orkid_amani 28-8-2024 04:07 PM
Bagus ka minyak dia? Setakat ni minyak NR berubat purple jaa yg multi purpose..minyak lain xpenah guna lg.mak aii suka minyak ni.minyak ni mmg kena ada stock kat rumah. Paling aii suka kalau sapu kat luka ank terjatuh tak tinggai kan parut keloid mcm kita guna minyak gamat tuu..parut rata & cantik jaa..sesuai utk luka beranak juga..minyak ni sejuk. Sesuai utk 1family. So setakat ni mmg xjumpak lg minyak brand lain yg ada function mcm ni
Quote syamzana 28-8-2024 04:11 PM
iols tak kenal pun...
legit ke hasil jualan tu??kaya la noksss

minyak2 camni iols.pernah guna nona roguy (??) ke apa masa berpantang tu je. botol warna purple dgn hijau, anak dah 5thn masih ada lagi
tatau la keberkesanan tu tp bau iols blh tahan dah berpantang tu hadap je la. dah habis pantang tiba2 busuk plak
Quote ekselen 28-8-2024 04:13 PM
orkid_amani replied at 28-8-2024 04:07 PM
Bagus ka minyak dia? Setakat ni minyak NR berubat purple jaa yg multi purpose..minyak lain xpenah gu ...

beli mana minyak tu?
Quote babynina30 28-8-2024 04:14 PM
I syak minyak ni biasa sajo. Tp sbb komisen yg diberi rm15. Maka berbondong affiliate n influencers promote .

Win2 utk affliate n dik pidah. Sbb bkn mkn modal tinggi pon utk buek minyak yinni kan ? Yet jual rm35 for 2 bottles. Pastu -15 utk  komisen . Jatuh RM 20 (2 bottles) = RM 10/ea .

I rasa style marketing dia bg komisen tinggi tu yg jd org beduyun nk promo kann

Quote Thunderclouds 28-8-2024 04:17 PM
ekselen replied at 28-8-2024 04:13 PM
beli mana minyak tu?

Beli kt kedai jamu @ stokis nona roguy.
Quote ekselen 28-8-2024 04:19 PM
Thunderclouds replied at 28-8-2024 04:17 PM
Beli kt kedai jamu @ stokis nona roguy.

ohhh i see..tenkiu
Quote Thunderclouds 28-8-2024 04:20 PM
orkid_amani replied at 28-8-2024 04:07 PM
Bagus ka minyak dia? Setakat ni minyak NR berubat purple jaa yg multi purpose..minyak lain xpenah gu ...

Sedap sgt² minyak nona roguy ni.
Pakai dlm bpantang utk urut², seblom pakai bekung.. Xpantang pn kalo perot bloated/kembung sapu ler minyak ni cepat lega.
Rega pn leh tahan
Quote orkid_amani 28-8-2024 04:33 PM
ekselen replied at 28-8-2024 04:13 PM
beli mana minyak tu?

Beli kat shopee jaa yuu..taip ja minyak nonaroguy berubat.botol warna purple. 120ml harga dlm 20lebih tp mmg berbaloi laa beli.kat kedai jamu pun ada juai
Quote Mimo.mimo 28-8-2024 04:34 PM
Mil dah beli before femes. Bolehlah untuk legakan lenguh badan. Batuk berkahak pun boleh katanya. Sakit gigi. Multipurpose ek minyak dia ni
Quote orkid_amani 28-8-2024 04:36 PM
Thunderclouds replied at 28-8-2024 04:20 PM
Sedap sgt² minyak nona roguy ni.
Pakai dlm bpantang utk urut², seblom pakai bekung.. Xpantang pn ...

Kan..mak aii laa dulu dok bekalkan masa dok hostel itu yg aii tersuka tu..bau herba dia best. Dah kawin ada ank ni aii minyak NR berubat ni mmg sentiasa ada kat rumah. Yg herbaneka tu mmg bagus utk berpantang..kalau rajin masa dlm pantang massage kat breast utk elakkan break jatuh.
Quote KamikuP 28-8-2024 04:39 PM
Mohon si pidah ni disolek dan didandan dan dijadi cover girl mcm sugu dan pavritha satu masa dulu.. ekekekeke
Quote orkid_amani 28-8-2024 04:39 PM
syamzana replied at 28-8-2024 04:11 PM
iols tak kenal pun...
legit ke hasil jualan tu??kaya la noksss


Ya mahai hijau tuu.sebab dikira set dlm pantang.bagus minyak tu kalau lenguh2 kaki time pregnant sapu..lepas mandi sapu satu badan..rasa fresh ja..yg purple tu kalau pening kepala angin ka lega sgt bila sapu. Minyak NR mmg kuat bau herba
Quote kucingitam 28-8-2024 04:47 PM
cattiecute replied at 28-8-2024 03:40 PM
citenye jual banyak2 minyak tu
ada ke mass production nak buat nok?
ke kerah tenaga adik beradik dia ...

jangan minyaknya dikeluarkan oleh bangsa lain...budak ni tukang jual je.. mcm brg2 niaga tepi jalan sepanjang naik cameron tu.. bukannya hasil tempatan sgt pun.. m. durian/madu pun ada stgh tempat suruh org asli jualkan..padahal...

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.259810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top