PETALING JAYA – Sikap sabar seorang pengawal keselamatan wanita di sebuah sekolah yang ikhlas melayan kerenah murid autisme mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian wanita tersebut di TikTok @Cik NaNaaa, kelihatan seorang murid autisme bergurau senda dengannya sambil memujinya cantik. “Anak autisme ni kan, nak marah pun macam tulah, tak nak marah pun macam tulah. “Macam nilah anak autisme, kat sekolah sini ramai anak-anak autisme,” kata wanita itu. Menjengah ke ruangan komen ramai yang memuji dan berterima kasih kepada wanita itu kerana sabar melayan kerenah anak-nak autisme. “Terima kasih kak layan anak kami dengan baik, banyak pahala kak layan kerenah anak istimewa,”kata syaziatul Izah.
“Tak semua orang boleh layan anak autisme baik macam ni lebih-lebih lagi kalau bukan bukan anak sendiri. Terima kasih kak sebab beri layanan baik kepada anak-anak autisme,”kata Faziraraa Iman. “Comel je dia kacau akak, nampak sangat kak baik melayan mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi akak,” kata Atok1806. Video berdurasi 25 saat itu mendapat 19,000 tanda suka dan ditonton sebanyak 426,000. Sumber : Kosmo |
dua_chzy replied at 28-8-2024 11:42 AM
Kat sekolah, selain cikgu2 consider juga bagi hadiah kat security ngan acik2 cleaner tu. Sebab biasa ...
anony-mous replied at 28-8-2024 03:57 AM
Ni i stuju. Nmpk security jaga ank2, smpai ank2 tau nama security. Patutnya hari guru kena ada ext ...
dua_chzy: Kat sekolah, selain cikgu2 con ...
dua_chzy replied at 28-8-2024 11:42 AM
Kat sekolah, selain cikgu2 consider juga bagi hadiah kat security ngan acik2 cleaner tu. Sebab biasa ...
lanacondor replied at 28-8-2024 06:59 AM
Astagfirullah.. muda ke guard nya
makita replied at 28-8-2024 07:07 AM
Ye, kalau hari guru tu meols bwk extra makanan utk guard. Hari biasa meols bwk la milo ais ikat te ...