KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi meruntuhkan struktur binaan dibina atas rizab jalan awam di di sekitar Jalan Raja Alang, di sini, menerusi Operasi Pindah Halangan dan Roboh Struktur, semalam. Operasi dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut DBKL, tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. "Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan. "Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi DBKL, hari ini. Dalam pada itu, katanya untuk sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat berkenaan melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
Sumber : Berita Harian |
Kitty_catz replied at 28-8-2024 08:44 AM
jln alang ni yg area kg baru tu ke? yg byk kekedai makan tu?
Kitty_catz replied at 28-8-2024 08:44 AM
jln alang ni yg area kg baru tu ke? yg byk kekedai makan tu?
SalenaGomez replied at 28-8-2024 08:56 AM
Bukan, kalau x silap jalan alang ni dkt je dgn jalan chow kit. Mmg situ femes pasar sayur kampung ...
reenz013 replied at 28-8-2024 09:17 AM
iyer..time bulan pose yg bukak bazaar ramadan tu jugak..ermm tgkla sampai bila benda roboh2 merobo ...
Kitty_catz replied at 28-8-2024 11:05 AM
dekat2 la tu ekk
biasa la , bila dah ada yg jd arwah baru la gelabah kote ketets segala mala, bar ...
Kitty_catz replied at 28-8-2024 11:04 AM
ooo penah sampai sekali... masa nak pi makan ike singge.. area tu kan?
reenz013 replied at 28-8-2024 11:11 AM
aah ke dpn lg masjid kg baru...ala kejap je ni aktiviti meroboh..pastu naik blk...sy selaku pendud ...
Kitty_catz replied at 28-8-2024 08:44 AM
jln alang ni yg area kg baru tu ke? yg byk kekedai makan tu?
jazaa100 replied at 28-8-2024 05:13 PM
Yg byk jamu² tu....
ADVERTISEMENT